Gheezzzz... What I Have For U

Wednesday 20 January 2016

MAHASISWA MANJA

assalamualaikumdanselamat sejahtera. selamat membaca entri kali ni.

aku pastelkan sedikit tulisan supaya xnampak sgt mcm marah beeapi. hahaha... istilah mahasiswa manja nampak mcm quite interesting utkaku ulas sedikit. maklumlah, walaupun aku baru habis diploma dan xmasuk universiti, aku rasa, perkara ini xpatut wujud dalam sistem tamadun manusia.

bukan nak menyalahlan mana2 pihak. tapi logically, kalau anda duduk asrama sekolah menengah pun, y monthly dapat belanja drpd parents dan ada dewan makan, still makan maggi. hahaha. i think, duduk universiti mesti lagi sakit kan?

bukan isu maggi y cuba aku ketengahkan di sini. isunya ialah, ketat tak ketat 'kasut' y mahasiswa pakai especially after all happened in us those day. 

i give an example... aku start belajar tahun 2013, aku beli sebijik stetoskop dengan harga rm 195. skrg, bila 2015/16 aku tanya junior aku, sebijik stetoskop tu dah 200+ even more ada y hampir 300 harganya. bukan kata kita nak demand nk beli y mahal2. cuma kita nak the best for better performance. itu cerita accesories utk belajar. 

utk mahasiswa merantau, harga tiket kapal terbang sekarang ni melambung naik. myb certain boleh cakap la, xyah naik flight, naik public transport. fine, tapi tu kalau y ada option. those y live in Borneo island dan tanah semenanjung or vice versa. we have no choice, kau mampu atau kau tak mampu, kau kena naik flight. mungkin ada y kata, naik la flight masa promosi. kah, masalahnya, waktu cuti tu la harga tiket kapal naik. apa kau nak kata? xpercaya? do some comparison kalau cuti semester , cuti kelepasan mcm hari raya dan hari2 biasa. anda akan rasa perbezaannya. tambahan pulak hari ni, tiket public transport pun semakin menjadi2... Allah.

mungkin ada kata, xpayah la balik kalau tak perlu. jauh di sudut hati ni utk mahu pulang kalau mengenangkan saat kering kontang dipertengahan bulan. tapi, perasaan rindu terhadap keluarga sampai ada sesetengah y xmampu bertahan sampai sakit sampai demam sampai xboleh fokus dengan pelajaran menyebabkan pencapaian merudum. orang boleh kata ini kes terpencil tapi its happen tahu. secara psikologinya, we need moral support from our love one. FAMILY. mana pula kalau ada family member y sakit, lagi rawan hati ni memikirkan saat jauh dari keluarga. sehinggakan, ada y tangguh pengajian lantaran itu. xkurang juga ada y berhenti. 

mungkin statement d atas menyebabkan orang kata, ya Betul MAHASISWA itu manja. tapi bila mengenangkan semula keinginan serta bebanan y diberikan oleh pihak sebelah sana. aku rasa, benda ni menunjukkan mahasiswa cukup kental utk menghadapi cabaran dari pihak satu lagi. antara cbaran2nya :

1. pointer y bagus utk tukar pinjaman kepada biasiswa, we struggle for it walau xcukup makan, xcukup tidur... just for it.

2. membentuk pemikiran kelas pertama , we tried, sometimes mahasiswa ketepikan kepentingan diri demi utk pendidikan.

banyak lagi perkara2 lain y mahasiswa lakukan utk survive di arena kehidupan serba sukar skrg.

ok ada kata, tu baru sikit. hahaha. kehidupan selepas belajar lagi bermasalah, apa tidaknya, kau belajar sampai double diploma, double degree, tapi pekerjaan tiada. u still struggling selepas belajar. aku xrasa itu menjadikan mahasiswa manja. beban hutang pula kau terpaksa pikul. dah xcukup dengan itu, kau terpaksa bersaing dengan golongan elit y ada pengaruh sedangkan kau rakyat biasa. contoh, kau pemegang ijazah sarjana muda pentadbiran awam dan ada satu jawatan y memang sesuai dengan kelayakan akademik kau. dan kau pun terbaca iklan. lalu kau pergi ke temuduga tersebut. dan kau begitu berharap dengan kerja itu selepas 3tahun menganggur xde kerja selepas grad. tup tup. oleh kerana kau orang biasa, jawatan itu di isi oleh seorang pemegang SPM kerana dia anak kepada seorang rakan karib kepada pemilik syarikat itu. its occurs... dalam novel belambak cerita begini. apa lagi d dunia realiti. kejam bukan? 

isu mahasiswa manja ni, bukan satu isu y biasa. ianya luar biasa. dan perlu diambil perhatian .memanglah kalau dulu2 xda orang viralkan isu makan maggi, xboleh survive. kau tgk la dulu hidup mcmana. kuasa membeli. RM 50 kau boleh guna sebulan. sekarang. rm 50 sama dengan kau punya sabun basuh dan kos buat asignment. lagi satu, dulu2 mana ada media sosial mcm skarang. paling2 pos gambar utk berkenalan d majalah. 

apa2 pun selamat menilai. jauhari jua mengenal manikam. mungkin ini sekadar pendapat bebas dari seorang y tiada apa2... xberkaitan antara hidup mahu pun mati. allahualam.    


Tuesday 19 January 2016

im back!~

fewh, what a relieve... akhirnya aku dapat bukak balik blog ni ... its been 2 years aku cuba nak ingat balik  emel dan password. dan ternyata... aku berjaya. hahaha
well said, akhirnya after 3 years. im officially graduated!! wehuuuu 👏👏👏👏👏👏

actually dikesempatan ini aku nak mengucapkan berbanyak terimakasih buat semua yang membantu aku utk berjaya akhirnya graduate selepas 3 tahun ulang alik dari Beaufort, Sabah ke Alor Setar, Kedah. ribuan ringgit perbelanjaan y sama dengan bajet kahwin tu. comes from my daddy and mummy and siblings.

thanks to my friends, batchmate of G31 ambilan Januari 2013 for this prescious chance to be part of them. wehuuuu applause lagi 👏👏👏👏👏

KPP ALOR SETAR sudah ditinggalkan. actually sebulan y lepas lah, hari ni 20.01.2016... a few days lagi nak masuk februari... inshaAllah PPW 17 menyusul. bila? haku pun xtahu laa... semoga dikuatkan iman menghadapi masa hadapan...

to my fellow junior of KPP ALOR SETAR... its time to u to shine. hahahaha... ternyata, ada perkara y aku rindukan mengenai kolej tu... hurmm sedih plak...

time to move on. and cant wait to write many more... my journey as AMO just begun!~ hiyark!~

p/s : dah 2 tahun xblogging, ini pun tulis dalam phone. hahaha. banyak benda nak share ni... tapi akan datang lah! keep in touch...

Thursday 31 October 2013

SAVING THIS OCTOBER FOR ME :( :)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

its 31st Oktober... well... apa kah nak aku katakan sepanajng bulan oktober ni turun naik dalam kehidupan aku... awal bulan my beloved aunt dah kembali ke rahmatullah... ALFATIHAH... dan sekrang sudah hampir akhir tahun 2013 yang mengubah sepenuhnya kehidupan aku dari seorang anak kampung yang hanya bercita - cita sekrg jadi someone yang entahlah... mebahagiakan ibu bapa mungkin...

alhamdulilah im getting know now what i suppose to do and be on my journey becoming someone in Ministry of Health in malaysia ni... hahahaha....

tu je la,.. well... nex weds aku exam... oh god...,

Saturday 12 October 2013

MINAT OH MINAT

Assalamualaikum.... salam sejahtera

mengisi hari2 lapang ni aku menulis lagilah tentang aku... kenapa dengan aku? artis sangat ka aku ni? hahaha.... bergantung dengan apa yang anda fikirkan...


aku menulis kali ni bukan apa...  sekadar memotivasikan diri dan memotivasikan pembaca sekalian... mengenai minat itu

aku dilahirkan dalam keluarga yang agak hebat cara pengawalan perawakan (strict sungguh) well... aku pun terbiasa ditarbiah begitu menyebabkan aku sangat takut melakukan kesilapan dan menyusahkan orang lain bila bekerja....

apabila sampai ke sini... tempat latihan... aku xdapat nafikan ketidaksukaan aku melaksanakan kerja ini... sebab kerja ni kerja pasukan... betullah di mana2 pun kerja mesti ada teman ,,.. dan sebagainyaa....

apa2 pun aku sedang belajar untuk belajar dan mencuba untuk menjadi sesuatu selepas tamat dari latihan ini... sakit hati... yes yes yes..... huh

Friday 4 October 2013

bm SPM LAST EPISOD

Thanks for reading yang sebelum2 ni
baik,... untuk entri kali ni nak cerita tentang paper 2 SPM

aku konfem cikgu2 korang dah ajar 4 bahagian dalam paper 2 ni.....

BAHAGIAN A

- Rumusan bedasarkan teks

BAHAGIAN B (soalan - soalan pemahaman)

- Pemahaman petikan umum
- Petikan Cerpen
- petikan prosa klasik
- Sajak

BAHAGIAN C (Kemahiran Bahasa melayu

- Bina ayat berdasarkan perkataan
- Kemahiran tatabahasa
- Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan
- kesalahan penggunaan kata / istilah dan kesalahan tatabahasa
- Peribahasa

BAHAGIAN D
- NOVEL

haaa... baik mari berkenalan dengan soalan... 1 per 1... cara jawab tu pandai2 la yee ...

untuk bahagian A

teknik nya agak2 nya dari dulu sampai sekarang....

Contoh soalan SPM 2011:

Kepentingan Bahasa Kebangsaan dan Masalah - masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

teknik2nya...

Pendahuluan.

ayat pendahuluan ni dari aku mula2 menjawab soalan ni dan sampailah sekrang sama ja... kita kena tukarkan sedikit sinonim kepada soalan

contoh

Petikan membincangkan tentang keperluan bahasa kebangsaan. (contoh je) 2 markah biasanya di sni..

ISI TERSIRAT - perenggan 2

isi tersirat ni boleh lah dicari melalui petikan yang diberi... biasanya dalam satu petikan adalah dalam 8 - 10 isi tersirat yang perlu dicari... isi tersirat ni berdasarkan ayat tanya yang pertama iaitu KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN...  6 markah disini

ISI TERSURAT - Perenggan 3

isi tersurat ni pulak ialah ayat tanya kedua iaitu Masalah - masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan... makaaaaaa.... ini KBKK... kena difikir dan digali... alah... simple question kot... 4 markah di sini...

PENUTUP
penutup macam biasa... mestilah relevan dengan tema dan ada harapan dan saranan 2 markah disini...

30 markah semuanya...

Pembukaan dan Penutup = 4 MARKAH
isi tersirat = 6 MARKAH
isi tersurat = 4 MARKAH

lebih kurang laa... nak accurate tanye cikgu korang

seterusnya BAHAGIAN B _PEMAHAMAN

2.a - Pemahaman Umum

ada 3 soalan berdasarkan teks umum yang diberi tu...

2.b/ 2.c / 2.d part ni ikut mood... boleh keluar apa2 saja berdasarkan antalogi Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku

 untuk pengetahuan anda mulai 2011 KOMSAS ni buku baru... so agak berbezalah soalannya dari tahun sebelumnya...

2011 -
2.b Petikan Drama Cempaka Berdarah - Harga Remaja
2.c Petikan Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat - Dirgahayu Bahasaku
2.d Pantun Enam Kerat - Dirgahayu Bahasaku

2012
2.b Petikan Cerpen Hutan Rimba - Dirgahayu Bahasaku
2.c Petikan Prosa Tradisional Merah Silu - Harga Remaja
2.d Sajak BAngkitlah - Dirgahayu Bahasaku

jawapan biasanya ada pada petikan tu sendiri... pandai2 lah gali... selebihnya ialah KBKK... dan just kena faham tentang soalan... dan prosa klasik... kadang2 jawapan tu depan mata... kita ja xnampak... wide your eyes during answering this ... markah free2 jak untuk soalan2 dalam section ni...

BAHAGIAN C - Pengetahuan dan kemahiran bahasa

yang ni xdapat buat pa laa... study balik tentang tatabahasa... once salah... memang salah... hat ni taktikal,... tapi once dapat buat... memang bolh buat.. kunci kat sini kena banyak baca.. banyak tanya,.. banyak latihan... kekadang soalan ulang2 jak

3a...
buat ayat yang menunjukkan anda faham tentang perkataan tu

ni trik sikit... kadang2 nampak macam senang... soalan SPM 2011 sangat trik iaitu CEPUMAS... aku rasa cepumas ni maksudnya soalan2 kacang,... rupanya maksud dia ialah bonus yang dimenangi... bukankah burn 1 markah... well... kena kuasai dan perkayakan lagi kosa kata kalau nak senang jawab soalan bahagian ni. 1 lagi, ayat kenalah ayat SPM bukan Ayat UPSR
. contoh

MAKAN - saya makan kuih (UPSR)
             - Kuih yang saya makan pagi tadi sangat sedap sehingga saya menginginkannya lagi. (SPM)

lebih kurang laaa

2b. Kemahiran tatabahasa

ni kena faham lagi dalam... lagi taktikal... xkuasai tatabahasa payah laa...

antara fokus yang boleh diambil kira macam soalan 2011
gabungkan ayat dalam petikan menjadi 3 ayat sahaja... bagaimanakah? rujuk soalan 2011

2012 pula dia tanya tentang tukarkan ayat susunan sonsang kepada biasa... ni kalau xfaham agak payah la juga, (rujuk soalan 2012)

soalan C dan D juga E pula lebih kepada pemahaman anda... rujuklah past year question tu ja yang dapat bantu dalam section ni

BAHAGIAN D - NOvel

novel... bagi orang sastera atau mereka yang suka membaca ... part ni sangat intersting... bagi yang bukan... ini triknya... baik... dalam satu buku rujukan komsas bahagian novel tu... ada banyaaaaakkk list pengajaran, tema, persoalan, watak perwatakkan dan sebagainya... untuk mereka yang malas nak mampus tu... just baca buku tu dan hanya hafal lebih kurang 3-4 isi dan contoh ja... contoh untuk soalan spm 2012 yang tanya tentang 2 LATAR MASA yang anda telah pelajari - senang bukan? just kena tahu tentang latar masa dan apa yang berlaku...

tapi untuk lebih baik ialah hafal flow cerita lah... baca novel tu dalam 2x dah boleh tau flow cerita...

nah... senangkan nak skor BM? well... kunci kejayaan tu just kena yakin pada diri sendiri jaa... memanglah agak teknikal... tapi kalau kita tau macamana nak jawab... pergh syurgaaaaa.... senang saja BM ni nak skor...

GOOD LUCK to All... semoga tips2 yang aku bagi ni berguna lah yaa! SPM BM MESTI A+! dari tadika belajar xkan xboleh kot!

SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2011
SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2012





SPM Bahasa Melayu episod 2

baik... dalam entri sebelum ni... dah cerita tentang bahagian A paper 1... well lupa pulak nak mention... biasanya dia akan mintak


  • Faedah - faedah
  • Cara - cara
  • langkah  - langkah
  • dan lain - lain
baik... sekarang kita meneropong sikit untuk paper 1 bahagian B - RESPON TERBUKA

bahagian ni... kira open... semua kemahiran tentang penulisan karangan dituntut... untuk bahagian ni... 7 perenggan... 1 opening, 5 isi (3 should be ok la kalau karangan tu dah nampak panjang) dan 1 penutup...

contoh SPM 2011


untuk soalan SPM 2011 ni xsilap aku aku jawab soalan 2... xsilap lah... baik mari kitaa tengok 1 per 1

dalam nak menilai soalan mana nak jawab dan pilih 

1. kita kena tengok kekuatan kita... contoh... karangan berformat dengan karangan xberformat. aku lebih suka penulisan biasa + bebas contoh soalan 1, 2, 4, 5 dan aku xsuka karangan berformat contoh macam laporan, surat rasmi, surat xrasmi, ucapan, syarahan, ceramah dan sebagainya.

2. list down poin... sebab... masa xbanyak tau... so, kita kena list down at least 3 poin untuk setiap pilihan soalan yang kita rasa kita selesa untuk jawab... agak2 kalau dah lembab sangat tu... pilih mana yang rasa2 kita selesa lah... contoh macam soalan 1, 2 kita dah list down kan 3 isi tapi soalan 4 dan 5 tu  masih lagi xdapat fikir... cross je yang 4, 5 

3. sekarang kita ada dua soalan ja lagi... soalan 1 dan 2 kemudian nilailah skop nya pula...dari segi fakta yang kita tau... agak susah nak tulis karangan soalan 1 sebab xde kat TV kalau ada pun jarang. tapi kalau untuk soalan 2 itu dah kes biasa. so content pun boleh fikir sendiri....

4. start la tulis karangan dengan yakin... sebab kalau xyakin... masalah tu... karangan 350 bukan boleh buat dalam 10 minit kalau kita nak tukar fikiran/./..

contoh jawapan... agak gigih lah kan kalau aku nak bagi contoh semua... so aku pick soalan 2.

pendahuluan...

dalam karangan ni ... kita boleh bubuh mcm2 untuk pendahuluan... berbeza untuk soalan bahagian A... sebab limit words kan...mungkin kita boleh start dengan pantun, syair, gurindam, definisi secara konsep, quotes dan situasi semasa. 

contoh:

Media massa hari ini sepertinya galak mengisahkan tentang kebejatan masalah disiplin dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Memetik keratan akhbar sekitar awal tahun ini yang telah membentangkan statistik pembuangan bayi yang mencapai angka yang merunsingkan pelbagai pihak. Belum dikira pula statistik remaja merokok berdasarkan angka tindakan disiplin kerana merokok di kawasan sekolah dan situasi remaja kini yang bebas berpelesaran. Hal ini dikatakan berpunca daripada kegagalan institusi keluarga dan kurangnya pendidikan awal terhadap bahana aktiviti sosial ini terhadap remaja menyebabkan para remaja begitu teruja untuk melaksanakan perkara yang boleh memberikan kesan negatif kepada mereka ini.

haa... begitulah contohnya... wah3... baik untuk isi...tu... pandai2 lah ye... hahahaha

untuk penutup macam biasa...sama macam paper bahagian A jugak....

bersambung .... 

1103 - Bahasa Melayu SPM ... :)

assalamualaikum... heee :) salam sejahtera...

aku bukan nak cakap apa laa... just nak mention yang BM aku SPM dulu A+ hahaha... thanks to Cikgu Zul yang ajar aku BM dulu waktu sekolah... preparation nak jawab BM dan nak dapat A+ bukanlah suatu yang senang... akan bertambah susah kalau xdimulakan dari sekarang!

dalam kertas Bahasa Melayu ada 2 iaitu Bahasa Melayu kertas 1 - Respon terhad yang dibagi gambar then huraikan berdasarkan gambar... ada 5 perenggan - 1 opening, 3 content , 1 closing .... dan respon terbuka... diberi 5 situasi/bentuk penulisan mengikut format. biasanya untuk bahagian B ni... soalan2 dia ialah karangan berformat... biasanya laa.... bahagian ni kena baca banyak bahan bacaan... supaya dapat huraikan poin dengan fakta yang berasas.... markah pun akan tiptop insyaAllah

Kertas Bahasa Melayu kertas 2 pula terbahagi kepada 4 bahagian utama... rumusan, komsas, kemahiran bahasa dan novel.... part ni la yang paling best... sebab segala kemahiran bahasa melayu amat dituntut dalam bahagian ni.... untuk dapatkan A+ bahagian ni kena tiptop...

baiklah... so sekarang ni nak tengok satu persatu.... untuk bahagian A - paper 1 respon terhad....
biasanya untuk part ni... agak mengkonfiuskan jugaklah kalau xfaham soalan... untuk calon cemerlang... dia akan jawab berdasarkan soalan... kalau calon yang agak2 tu... dia akan hurai gambar... sebenarnya gambar tu sangat membantu dalam penghuraian... misalannya la kalau xtau sangat nak bubuh huraian apa... cuba interpret gambar tu dan masukkan idea... contoh:

ini soalan SPM 2011 (soalan aku jawab dulu la waktu SPM)

dia nak tentang faedah belajar secara berkumpulan... baik... secara kasarnya... memang agak kabur laa... sama ada nak letak pendapat sendiri atau pun perlu ikut gambar.. tapi nampak x poinnya kat bawah tu ....

untuk opening, biasanya untuk karangan ni, sememangnyalah susah nak start.. bagaimana kalau kita start dengan persoalan? pernyataan dan sebagainya....

contoh:
Menurut Nik Nur Madihah, murid cemerlang SPM 2008, rahsia kepada kejayaannya memperolehi 21 A dalam peperiksaan tersebut ialah melalui perbincangan belajar dalam kumpulan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, belajar berkumpulan sememangnya banyak faedahnya.

untuk isi pula, boleh nampakkan dia tulis pada soalan tu....

1. Suasana Belajar yang menyeronokkan
2. berkongsi ilmu
3. memupuk semangat kerjasama

hurai... dan bagi cantik isi2 yang telah diberikan ni... contoh.

" Antara faedah belajar secara berkumpulan ialah untuk memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Kajian mendapati bahawa, belajar secara berkumpulan merupakan suatu aktiviti yang dapat membantu dalam pemahaman dan kemampuan untuk mengingat sesuatu perkara melalui kaedah soal jawab dan perbincangan. Sehubungan dengan itu, kaedah belajar secara berkumpulan amat penting dan wajar untuk diaplikasikan bagi membantu meningkatkan pemahaman dan kemampuang mengingat seterusnya mampu meningkatkan prestasi dalam akademik.

 Selain itu, belajar berkumpulan juga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk perkongsian ilmu. Perbezaan kemampuan setiap murid dalam menguasai satu - satu bidang akademik telah dibuktikan melalui kajian sains yang menunjukkan bahawa manusia menggunakan otak kiri dan otak kanan. Kedua - dua bahagian otak ini diselaraskan untuk menguasai 2 bidang utama yang berbeza iaitu bidang seni dan bidang sains. Maka, dengan belajar berkumpulan, kemampuan individu yang berbeza ini dapat diseimbangkan sekaligus dapat meningkatkan kemampuan seseorang menceburi bidang yang berbeza dari kebiasaan.

 Sikap bekerjasama dan kemampuan untuk bekerja dalam kumpulan juga dapat dipupuk menerusi belajar berkumpulan. Sifat - sifat positif ini dipupuk melalui peraturan - peraturan yang telah ditetapkan dalam sebuah kumpulan belajar. Contohnya, setiap ahli perlu menepati masa pertemuan kumpulan belajar dan menyediakan bahan - bahan yang tertentu untuk ulang kaji. Hal ini sekaligus membimbing murid untuk bersedia memenuhi tuntutan kehidupan yang tidak dipelajari di sekolah iaitu menyemai nilai - nilai murni.

untuk penutup pula... well... cikgu aku selalu katakan nak tulis penutup ni kena ada disertakan dengan harapan pada masa akan datang atau saranan... jadi sebagai contoh...

 Belajar secara berkumpulan sememangnya diakui banyak faedahnya kepada murid itu sendiri untuk menguasai satu - satu subjek. Sebagai murid yang ingin berjaya, saranan dan galakkan untuk membudayakan belajar secara berkumpulan amatlah diharapkan agar para murid dapat menyeimbangkan kemampuan serta pemahaman dan bukan bergantung kepada hafalan semata - mata untuk peperiksaan.

contoh sahaja ni.... kalau nak ikut - xda masalah... tapi untuk karangan... kita perlu ada

ISI

HURAIAN

CONTOH

dan paling penting... jangan kurang dari 200PP dan jangan lebih dari 250PP sebab.... pemeriksa akan memeriksaa banyaaaakkkkkk paper dari sekolah2 berdekatan dan kelas2 berdekatan anda... so... bayangkan kalau 1 pemeriksa kena periksa 500 paper? agak2 dia kira ka yang lebih2 tu? just play safe

allahualam