Gheezzzz... What I Have For U

Friday 4 October 2013

bm SPM LAST EPISOD

Thanks for reading yang sebelum2 ni
baik,... untuk entri kali ni nak cerita tentang paper 2 SPM

aku konfem cikgu2 korang dah ajar 4 bahagian dalam paper 2 ni.....

BAHAGIAN A

- Rumusan bedasarkan teks

BAHAGIAN B (soalan - soalan pemahaman)

- Pemahaman petikan umum
- Petikan Cerpen
- petikan prosa klasik
- Sajak

BAHAGIAN C (Kemahiran Bahasa melayu

- Bina ayat berdasarkan perkataan
- Kemahiran tatabahasa
- Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan
- kesalahan penggunaan kata / istilah dan kesalahan tatabahasa
- Peribahasa

BAHAGIAN D
- NOVEL

haaa... baik mari berkenalan dengan soalan... 1 per 1... cara jawab tu pandai2 la yee ...

untuk bahagian A

teknik nya agak2 nya dari dulu sampai sekarang....

Contoh soalan SPM 2011:

Kepentingan Bahasa Kebangsaan dan Masalah - masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

teknik2nya...

Pendahuluan.

ayat pendahuluan ni dari aku mula2 menjawab soalan ni dan sampailah sekrang sama ja... kita kena tukarkan sedikit sinonim kepada soalan

contoh

Petikan membincangkan tentang keperluan bahasa kebangsaan. (contoh je) 2 markah biasanya di sni..

ISI TERSIRAT - perenggan 2

isi tersirat ni boleh lah dicari melalui petikan yang diberi... biasanya dalam satu petikan adalah dalam 8 - 10 isi tersirat yang perlu dicari... isi tersirat ni berdasarkan ayat tanya yang pertama iaitu KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN...  6 markah disini

ISI TERSURAT - Perenggan 3

isi tersurat ni pulak ialah ayat tanya kedua iaitu Masalah - masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan... makaaaaaa.... ini KBKK... kena difikir dan digali... alah... simple question kot... 4 markah di sini...

PENUTUP
penutup macam biasa... mestilah relevan dengan tema dan ada harapan dan saranan 2 markah disini...

30 markah semuanya...

Pembukaan dan Penutup = 4 MARKAH
isi tersirat = 6 MARKAH
isi tersurat = 4 MARKAH

lebih kurang laa... nak accurate tanye cikgu korang

seterusnya BAHAGIAN B _PEMAHAMAN

2.a - Pemahaman Umum

ada 3 soalan berdasarkan teks umum yang diberi tu...

2.b/ 2.c / 2.d part ni ikut mood... boleh keluar apa2 saja berdasarkan antalogi Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku

 untuk pengetahuan anda mulai 2011 KOMSAS ni buku baru... so agak berbezalah soalannya dari tahun sebelumnya...

2011 -
2.b Petikan Drama Cempaka Berdarah - Harga Remaja
2.c Petikan Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat - Dirgahayu Bahasaku
2.d Pantun Enam Kerat - Dirgahayu Bahasaku

2012
2.b Petikan Cerpen Hutan Rimba - Dirgahayu Bahasaku
2.c Petikan Prosa Tradisional Merah Silu - Harga Remaja
2.d Sajak BAngkitlah - Dirgahayu Bahasaku

jawapan biasanya ada pada petikan tu sendiri... pandai2 lah gali... selebihnya ialah KBKK... dan just kena faham tentang soalan... dan prosa klasik... kadang2 jawapan tu depan mata... kita ja xnampak... wide your eyes during answering this ... markah free2 jak untuk soalan2 dalam section ni...

BAHAGIAN C - Pengetahuan dan kemahiran bahasa

yang ni xdapat buat pa laa... study balik tentang tatabahasa... once salah... memang salah... hat ni taktikal,... tapi once dapat buat... memang bolh buat.. kunci kat sini kena banyak baca.. banyak tanya,.. banyak latihan... kekadang soalan ulang2 jak

3a...
buat ayat yang menunjukkan anda faham tentang perkataan tu

ni trik sikit... kadang2 nampak macam senang... soalan SPM 2011 sangat trik iaitu CEPUMAS... aku rasa cepumas ni maksudnya soalan2 kacang,... rupanya maksud dia ialah bonus yang dimenangi... bukankah burn 1 markah... well... kena kuasai dan perkayakan lagi kosa kata kalau nak senang jawab soalan bahagian ni. 1 lagi, ayat kenalah ayat SPM bukan Ayat UPSR
. contoh

MAKAN - saya makan kuih (UPSR)
             - Kuih yang saya makan pagi tadi sangat sedap sehingga saya menginginkannya lagi. (SPM)

lebih kurang laaa

2b. Kemahiran tatabahasa

ni kena faham lagi dalam... lagi taktikal... xkuasai tatabahasa payah laa...

antara fokus yang boleh diambil kira macam soalan 2011
gabungkan ayat dalam petikan menjadi 3 ayat sahaja... bagaimanakah? rujuk soalan 2011

2012 pula dia tanya tentang tukarkan ayat susunan sonsang kepada biasa... ni kalau xfaham agak payah la juga, (rujuk soalan 2012)

soalan C dan D juga E pula lebih kepada pemahaman anda... rujuklah past year question tu ja yang dapat bantu dalam section ni

BAHAGIAN D - NOvel

novel... bagi orang sastera atau mereka yang suka membaca ... part ni sangat intersting... bagi yang bukan... ini triknya... baik... dalam satu buku rujukan komsas bahagian novel tu... ada banyaaaaakkk list pengajaran, tema, persoalan, watak perwatakkan dan sebagainya... untuk mereka yang malas nak mampus tu... just baca buku tu dan hanya hafal lebih kurang 3-4 isi dan contoh ja... contoh untuk soalan spm 2012 yang tanya tentang 2 LATAR MASA yang anda telah pelajari - senang bukan? just kena tahu tentang latar masa dan apa yang berlaku...

tapi untuk lebih baik ialah hafal flow cerita lah... baca novel tu dalam 2x dah boleh tau flow cerita...

nah... senangkan nak skor BM? well... kunci kejayaan tu just kena yakin pada diri sendiri jaa... memanglah agak teknikal... tapi kalau kita tau macamana nak jawab... pergh syurgaaaaa.... senang saja BM ni nak skor...

GOOD LUCK to All... semoga tips2 yang aku bagi ni berguna lah yaa! SPM BM MESTI A+! dari tadika belajar xkan xboleh kot!

SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2011
SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2012





No comments:

Post a Comment

Hey! Jom Komen!!! hee :) sharing is caring what...