Gheezzzz... What I Have For U

Friday 4 October 2013

SPM Bahasa Melayu episod 2

baik... dalam entri sebelum ni... dah cerita tentang bahagian A paper 1... well lupa pulak nak mention... biasanya dia akan mintak


  • Faedah - faedah
  • Cara - cara
  • langkah  - langkah
  • dan lain - lain
baik... sekarang kita meneropong sikit untuk paper 1 bahagian B - RESPON TERBUKA

bahagian ni... kira open... semua kemahiran tentang penulisan karangan dituntut... untuk bahagian ni... 7 perenggan... 1 opening, 5 isi (3 should be ok la kalau karangan tu dah nampak panjang) dan 1 penutup...

contoh SPM 2011


untuk soalan SPM 2011 ni xsilap aku aku jawab soalan 2... xsilap lah... baik mari kitaa tengok 1 per 1

dalam nak menilai soalan mana nak jawab dan pilih 

1. kita kena tengok kekuatan kita... contoh... karangan berformat dengan karangan xberformat. aku lebih suka penulisan biasa + bebas contoh soalan 1, 2, 4, 5 dan aku xsuka karangan berformat contoh macam laporan, surat rasmi, surat xrasmi, ucapan, syarahan, ceramah dan sebagainya.

2. list down poin... sebab... masa xbanyak tau... so, kita kena list down at least 3 poin untuk setiap pilihan soalan yang kita rasa kita selesa untuk jawab... agak2 kalau dah lembab sangat tu... pilih mana yang rasa2 kita selesa lah... contoh macam soalan 1, 2 kita dah list down kan 3 isi tapi soalan 4 dan 5 tu  masih lagi xdapat fikir... cross je yang 4, 5 

3. sekarang kita ada dua soalan ja lagi... soalan 1 dan 2 kemudian nilailah skop nya pula...dari segi fakta yang kita tau... agak susah nak tulis karangan soalan 1 sebab xde kat TV kalau ada pun jarang. tapi kalau untuk soalan 2 itu dah kes biasa. so content pun boleh fikir sendiri....

4. start la tulis karangan dengan yakin... sebab kalau xyakin... masalah tu... karangan 350 bukan boleh buat dalam 10 minit kalau kita nak tukar fikiran/./..

contoh jawapan... agak gigih lah kan kalau aku nak bagi contoh semua... so aku pick soalan 2.

pendahuluan...

dalam karangan ni ... kita boleh bubuh mcm2 untuk pendahuluan... berbeza untuk soalan bahagian A... sebab limit words kan...mungkin kita boleh start dengan pantun, syair, gurindam, definisi secara konsep, quotes dan situasi semasa. 

contoh:

Media massa hari ini sepertinya galak mengisahkan tentang kebejatan masalah disiplin dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Memetik keratan akhbar sekitar awal tahun ini yang telah membentangkan statistik pembuangan bayi yang mencapai angka yang merunsingkan pelbagai pihak. Belum dikira pula statistik remaja merokok berdasarkan angka tindakan disiplin kerana merokok di kawasan sekolah dan situasi remaja kini yang bebas berpelesaran. Hal ini dikatakan berpunca daripada kegagalan institusi keluarga dan kurangnya pendidikan awal terhadap bahana aktiviti sosial ini terhadap remaja menyebabkan para remaja begitu teruja untuk melaksanakan perkara yang boleh memberikan kesan negatif kepada mereka ini.

haa... begitulah contohnya... wah3... baik untuk isi...tu... pandai2 lah ye... hahahaha

untuk penutup macam biasa...sama macam paper bahagian A jugak....

bersambung .... 

No comments:

Post a Comment

Hey! Jom Komen!!! hee :) sharing is caring what...