Gheezzzz... What I Have For U

Friday 4 October 2013

1103 - Bahasa Melayu SPM ... :)

assalamualaikum... heee :) salam sejahtera...

aku bukan nak cakap apa laa... just nak mention yang BM aku SPM dulu A+ hahaha... thanks to Cikgu Zul yang ajar aku BM dulu waktu sekolah... preparation nak jawab BM dan nak dapat A+ bukanlah suatu yang senang... akan bertambah susah kalau xdimulakan dari sekarang!

dalam kertas Bahasa Melayu ada 2 iaitu Bahasa Melayu kertas 1 - Respon terhad yang dibagi gambar then huraikan berdasarkan gambar... ada 5 perenggan - 1 opening, 3 content , 1 closing .... dan respon terbuka... diberi 5 situasi/bentuk penulisan mengikut format. biasanya untuk bahagian B ni... soalan2 dia ialah karangan berformat... biasanya laa.... bahagian ni kena baca banyak bahan bacaan... supaya dapat huraikan poin dengan fakta yang berasas.... markah pun akan tiptop insyaAllah

Kertas Bahasa Melayu kertas 2 pula terbahagi kepada 4 bahagian utama... rumusan, komsas, kemahiran bahasa dan novel.... part ni la yang paling best... sebab segala kemahiran bahasa melayu amat dituntut dalam bahagian ni.... untuk dapatkan A+ bahagian ni kena tiptop...

baiklah... so sekarang ni nak tengok satu persatu.... untuk bahagian A - paper 1 respon terhad....
biasanya untuk part ni... agak mengkonfiuskan jugaklah kalau xfaham soalan... untuk calon cemerlang... dia akan jawab berdasarkan soalan... kalau calon yang agak2 tu... dia akan hurai gambar... sebenarnya gambar tu sangat membantu dalam penghuraian... misalannya la kalau xtau sangat nak bubuh huraian apa... cuba interpret gambar tu dan masukkan idea... contoh:

ini soalan SPM 2011 (soalan aku jawab dulu la waktu SPM)

dia nak tentang faedah belajar secara berkumpulan... baik... secara kasarnya... memang agak kabur laa... sama ada nak letak pendapat sendiri atau pun perlu ikut gambar.. tapi nampak x poinnya kat bawah tu ....

untuk opening, biasanya untuk karangan ni, sememangnyalah susah nak start.. bagaimana kalau kita start dengan persoalan? pernyataan dan sebagainya....

contoh:
Menurut Nik Nur Madihah, murid cemerlang SPM 2008, rahsia kepada kejayaannya memperolehi 21 A dalam peperiksaan tersebut ialah melalui perbincangan belajar dalam kumpulan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, belajar berkumpulan sememangnya banyak faedahnya.

untuk isi pula, boleh nampakkan dia tulis pada soalan tu....

1. Suasana Belajar yang menyeronokkan
2. berkongsi ilmu
3. memupuk semangat kerjasama

hurai... dan bagi cantik isi2 yang telah diberikan ni... contoh.

" Antara faedah belajar secara berkumpulan ialah untuk memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Kajian mendapati bahawa, belajar secara berkumpulan merupakan suatu aktiviti yang dapat membantu dalam pemahaman dan kemampuan untuk mengingat sesuatu perkara melalui kaedah soal jawab dan perbincangan. Sehubungan dengan itu, kaedah belajar secara berkumpulan amat penting dan wajar untuk diaplikasikan bagi membantu meningkatkan pemahaman dan kemampuang mengingat seterusnya mampu meningkatkan prestasi dalam akademik.

 Selain itu, belajar berkumpulan juga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk perkongsian ilmu. Perbezaan kemampuan setiap murid dalam menguasai satu - satu bidang akademik telah dibuktikan melalui kajian sains yang menunjukkan bahawa manusia menggunakan otak kiri dan otak kanan. Kedua - dua bahagian otak ini diselaraskan untuk menguasai 2 bidang utama yang berbeza iaitu bidang seni dan bidang sains. Maka, dengan belajar berkumpulan, kemampuan individu yang berbeza ini dapat diseimbangkan sekaligus dapat meningkatkan kemampuan seseorang menceburi bidang yang berbeza dari kebiasaan.

 Sikap bekerjasama dan kemampuan untuk bekerja dalam kumpulan juga dapat dipupuk menerusi belajar berkumpulan. Sifat - sifat positif ini dipupuk melalui peraturan - peraturan yang telah ditetapkan dalam sebuah kumpulan belajar. Contohnya, setiap ahli perlu menepati masa pertemuan kumpulan belajar dan menyediakan bahan - bahan yang tertentu untuk ulang kaji. Hal ini sekaligus membimbing murid untuk bersedia memenuhi tuntutan kehidupan yang tidak dipelajari di sekolah iaitu menyemai nilai - nilai murni.

untuk penutup pula... well... cikgu aku selalu katakan nak tulis penutup ni kena ada disertakan dengan harapan pada masa akan datang atau saranan... jadi sebagai contoh...

 Belajar secara berkumpulan sememangnya diakui banyak faedahnya kepada murid itu sendiri untuk menguasai satu - satu subjek. Sebagai murid yang ingin berjaya, saranan dan galakkan untuk membudayakan belajar secara berkumpulan amatlah diharapkan agar para murid dapat menyeimbangkan kemampuan serta pemahaman dan bukan bergantung kepada hafalan semata - mata untuk peperiksaan.

contoh sahaja ni.... kalau nak ikut - xda masalah... tapi untuk karangan... kita perlu ada

ISI

HURAIAN

CONTOH

dan paling penting... jangan kurang dari 200PP dan jangan lebih dari 250PP sebab.... pemeriksa akan memeriksaa banyaaaakkkkkk paper dari sekolah2 berdekatan dan kelas2 berdekatan anda... so... bayangkan kalau 1 pemeriksa kena periksa 500 paper? agak2 dia kira ka yang lebih2 tu? just play safe

allahualam


4 comments:

  1. Nak cakap sikit ye tapi tak sampai hati plak. Tak pelah. Penulis ni agak berlagak. Tak perlulah nak inform dapat macam2. Kalau nak kongsi ilmu kenalah ikhlas. Bukan untuk menunjuk nunjuk. Just peringatan bukan apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen. maaf seandainya penulisan saya tu menganggu dan nampak menunjuk2... maafkan saya. tiada niat melainkan menjadikan itu sebagai satu pembakar semangat kepada y lainnya... 😊

      Delete

Hey! Jom Komen!!! hee :) sharing is caring what...