Gheezzzz... What I Have For U

Thursday 31 October 2013

SAVING THIS OCTOBER FOR ME :( :)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

its 31st Oktober... well... apa kah nak aku katakan sepanajng bulan oktober ni turun naik dalam kehidupan aku... awal bulan my beloved aunt dah kembali ke rahmatullah... ALFATIHAH... dan sekrang sudah hampir akhir tahun 2013 yang mengubah sepenuhnya kehidupan aku dari seorang anak kampung yang hanya bercita - cita sekrg jadi someone yang entahlah... mebahagiakan ibu bapa mungkin...

alhamdulilah im getting know now what i suppose to do and be on my journey becoming someone in Ministry of Health in malaysia ni... hahahaha....

tu je la,.. well... nex weds aku exam... oh god...,

Saturday 12 October 2013

MINAT OH MINAT

Assalamualaikum.... salam sejahtera

mengisi hari2 lapang ni aku menulis lagilah tentang aku... kenapa dengan aku? artis sangat ka aku ni? hahaha.... bergantung dengan apa yang anda fikirkan...


aku menulis kali ni bukan apa...  sekadar memotivasikan diri dan memotivasikan pembaca sekalian... mengenai minat itu

aku dilahirkan dalam keluarga yang agak hebat cara pengawalan perawakan (strict sungguh) well... aku pun terbiasa ditarbiah begitu menyebabkan aku sangat takut melakukan kesilapan dan menyusahkan orang lain bila bekerja....

apabila sampai ke sini... tempat latihan... aku xdapat nafikan ketidaksukaan aku melaksanakan kerja ini... sebab kerja ni kerja pasukan... betullah di mana2 pun kerja mesti ada teman ,,.. dan sebagainyaa....

apa2 pun aku sedang belajar untuk belajar dan mencuba untuk menjadi sesuatu selepas tamat dari latihan ini... sakit hati... yes yes yes..... huh

Friday 4 October 2013

bm SPM LAST EPISOD

Thanks for reading yang sebelum2 ni
baik,... untuk entri kali ni nak cerita tentang paper 2 SPM

aku konfem cikgu2 korang dah ajar 4 bahagian dalam paper 2 ni.....

BAHAGIAN A

- Rumusan bedasarkan teks

BAHAGIAN B (soalan - soalan pemahaman)

- Pemahaman petikan umum
- Petikan Cerpen
- petikan prosa klasik
- Sajak

BAHAGIAN C (Kemahiran Bahasa melayu

- Bina ayat berdasarkan perkataan
- Kemahiran tatabahasa
- Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan
- kesalahan penggunaan kata / istilah dan kesalahan tatabahasa
- Peribahasa

BAHAGIAN D
- NOVEL

haaa... baik mari berkenalan dengan soalan... 1 per 1... cara jawab tu pandai2 la yee ...

untuk bahagian A

teknik nya agak2 nya dari dulu sampai sekarang....

Contoh soalan SPM 2011:

Kepentingan Bahasa Kebangsaan dan Masalah - masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

teknik2nya...

Pendahuluan.

ayat pendahuluan ni dari aku mula2 menjawab soalan ni dan sampailah sekrang sama ja... kita kena tukarkan sedikit sinonim kepada soalan

contoh

Petikan membincangkan tentang keperluan bahasa kebangsaan. (contoh je) 2 markah biasanya di sni..

ISI TERSIRAT - perenggan 2

isi tersirat ni boleh lah dicari melalui petikan yang diberi... biasanya dalam satu petikan adalah dalam 8 - 10 isi tersirat yang perlu dicari... isi tersirat ni berdasarkan ayat tanya yang pertama iaitu KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN...  6 markah disini

ISI TERSURAT - Perenggan 3

isi tersurat ni pulak ialah ayat tanya kedua iaitu Masalah - masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan... makaaaaaa.... ini KBKK... kena difikir dan digali... alah... simple question kot... 4 markah di sini...

PENUTUP
penutup macam biasa... mestilah relevan dengan tema dan ada harapan dan saranan 2 markah disini...

30 markah semuanya...

Pembukaan dan Penutup = 4 MARKAH
isi tersirat = 6 MARKAH
isi tersurat = 4 MARKAH

lebih kurang laa... nak accurate tanye cikgu korang

seterusnya BAHAGIAN B _PEMAHAMAN

2.a - Pemahaman Umum

ada 3 soalan berdasarkan teks umum yang diberi tu...

2.b/ 2.c / 2.d part ni ikut mood... boleh keluar apa2 saja berdasarkan antalogi Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku

 untuk pengetahuan anda mulai 2011 KOMSAS ni buku baru... so agak berbezalah soalannya dari tahun sebelumnya...

2011 -
2.b Petikan Drama Cempaka Berdarah - Harga Remaja
2.c Petikan Prosa Tradisional Dua Geliga Hikmat - Dirgahayu Bahasaku
2.d Pantun Enam Kerat - Dirgahayu Bahasaku

2012
2.b Petikan Cerpen Hutan Rimba - Dirgahayu Bahasaku
2.c Petikan Prosa Tradisional Merah Silu - Harga Remaja
2.d Sajak BAngkitlah - Dirgahayu Bahasaku

jawapan biasanya ada pada petikan tu sendiri... pandai2 lah gali... selebihnya ialah KBKK... dan just kena faham tentang soalan... dan prosa klasik... kadang2 jawapan tu depan mata... kita ja xnampak... wide your eyes during answering this ... markah free2 jak untuk soalan2 dalam section ni...

BAHAGIAN C - Pengetahuan dan kemahiran bahasa

yang ni xdapat buat pa laa... study balik tentang tatabahasa... once salah... memang salah... hat ni taktikal,... tapi once dapat buat... memang bolh buat.. kunci kat sini kena banyak baca.. banyak tanya,.. banyak latihan... kekadang soalan ulang2 jak

3a...
buat ayat yang menunjukkan anda faham tentang perkataan tu

ni trik sikit... kadang2 nampak macam senang... soalan SPM 2011 sangat trik iaitu CEPUMAS... aku rasa cepumas ni maksudnya soalan2 kacang,... rupanya maksud dia ialah bonus yang dimenangi... bukankah burn 1 markah... well... kena kuasai dan perkayakan lagi kosa kata kalau nak senang jawab soalan bahagian ni. 1 lagi, ayat kenalah ayat SPM bukan Ayat UPSR
. contoh

MAKAN - saya makan kuih (UPSR)
             - Kuih yang saya makan pagi tadi sangat sedap sehingga saya menginginkannya lagi. (SPM)

lebih kurang laaa

2b. Kemahiran tatabahasa

ni kena faham lagi dalam... lagi taktikal... xkuasai tatabahasa payah laa...

antara fokus yang boleh diambil kira macam soalan 2011
gabungkan ayat dalam petikan menjadi 3 ayat sahaja... bagaimanakah? rujuk soalan 2011

2012 pula dia tanya tentang tukarkan ayat susunan sonsang kepada biasa... ni kalau xfaham agak payah la juga, (rujuk soalan 2012)

soalan C dan D juga E pula lebih kepada pemahaman anda... rujuklah past year question tu ja yang dapat bantu dalam section ni

BAHAGIAN D - NOvel

novel... bagi orang sastera atau mereka yang suka membaca ... part ni sangat intersting... bagi yang bukan... ini triknya... baik... dalam satu buku rujukan komsas bahagian novel tu... ada banyaaaaakkk list pengajaran, tema, persoalan, watak perwatakkan dan sebagainya... untuk mereka yang malas nak mampus tu... just baca buku tu dan hanya hafal lebih kurang 3-4 isi dan contoh ja... contoh untuk soalan spm 2012 yang tanya tentang 2 LATAR MASA yang anda telah pelajari - senang bukan? just kena tahu tentang latar masa dan apa yang berlaku...

tapi untuk lebih baik ialah hafal flow cerita lah... baca novel tu dalam 2x dah boleh tau flow cerita...

nah... senangkan nak skor BM? well... kunci kejayaan tu just kena yakin pada diri sendiri jaa... memanglah agak teknikal... tapi kalau kita tau macamana nak jawab... pergh syurgaaaaa.... senang saja BM ni nak skor...

GOOD LUCK to All... semoga tips2 yang aku bagi ni berguna lah yaa! SPM BM MESTI A+! dari tadika belajar xkan xboleh kot!

SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2011
SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2012





SPM Bahasa Melayu episod 2

baik... dalam entri sebelum ni... dah cerita tentang bahagian A paper 1... well lupa pulak nak mention... biasanya dia akan mintak


  • Faedah - faedah
  • Cara - cara
  • langkah  - langkah
  • dan lain - lain
baik... sekarang kita meneropong sikit untuk paper 1 bahagian B - RESPON TERBUKA

bahagian ni... kira open... semua kemahiran tentang penulisan karangan dituntut... untuk bahagian ni... 7 perenggan... 1 opening, 5 isi (3 should be ok la kalau karangan tu dah nampak panjang) dan 1 penutup...

contoh SPM 2011


untuk soalan SPM 2011 ni xsilap aku aku jawab soalan 2... xsilap lah... baik mari kitaa tengok 1 per 1

dalam nak menilai soalan mana nak jawab dan pilih 

1. kita kena tengok kekuatan kita... contoh... karangan berformat dengan karangan xberformat. aku lebih suka penulisan biasa + bebas contoh soalan 1, 2, 4, 5 dan aku xsuka karangan berformat contoh macam laporan, surat rasmi, surat xrasmi, ucapan, syarahan, ceramah dan sebagainya.

2. list down poin... sebab... masa xbanyak tau... so, kita kena list down at least 3 poin untuk setiap pilihan soalan yang kita rasa kita selesa untuk jawab... agak2 kalau dah lembab sangat tu... pilih mana yang rasa2 kita selesa lah... contoh macam soalan 1, 2 kita dah list down kan 3 isi tapi soalan 4 dan 5 tu  masih lagi xdapat fikir... cross je yang 4, 5 

3. sekarang kita ada dua soalan ja lagi... soalan 1 dan 2 kemudian nilailah skop nya pula...dari segi fakta yang kita tau... agak susah nak tulis karangan soalan 1 sebab xde kat TV kalau ada pun jarang. tapi kalau untuk soalan 2 itu dah kes biasa. so content pun boleh fikir sendiri....

4. start la tulis karangan dengan yakin... sebab kalau xyakin... masalah tu... karangan 350 bukan boleh buat dalam 10 minit kalau kita nak tukar fikiran/./..

contoh jawapan... agak gigih lah kan kalau aku nak bagi contoh semua... so aku pick soalan 2.

pendahuluan...

dalam karangan ni ... kita boleh bubuh mcm2 untuk pendahuluan... berbeza untuk soalan bahagian A... sebab limit words kan...mungkin kita boleh start dengan pantun, syair, gurindam, definisi secara konsep, quotes dan situasi semasa. 

contoh:

Media massa hari ini sepertinya galak mengisahkan tentang kebejatan masalah disiplin dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Memetik keratan akhbar sekitar awal tahun ini yang telah membentangkan statistik pembuangan bayi yang mencapai angka yang merunsingkan pelbagai pihak. Belum dikira pula statistik remaja merokok berdasarkan angka tindakan disiplin kerana merokok di kawasan sekolah dan situasi remaja kini yang bebas berpelesaran. Hal ini dikatakan berpunca daripada kegagalan institusi keluarga dan kurangnya pendidikan awal terhadap bahana aktiviti sosial ini terhadap remaja menyebabkan para remaja begitu teruja untuk melaksanakan perkara yang boleh memberikan kesan negatif kepada mereka ini.

haa... begitulah contohnya... wah3... baik untuk isi...tu... pandai2 lah ye... hahahaha

untuk penutup macam biasa...sama macam paper bahagian A jugak....

bersambung .... 

1103 - Bahasa Melayu SPM ... :)

assalamualaikum... heee :) salam sejahtera...

aku bukan nak cakap apa laa... just nak mention yang BM aku SPM dulu A+ hahaha... thanks to Cikgu Zul yang ajar aku BM dulu waktu sekolah... preparation nak jawab BM dan nak dapat A+ bukanlah suatu yang senang... akan bertambah susah kalau xdimulakan dari sekarang!

dalam kertas Bahasa Melayu ada 2 iaitu Bahasa Melayu kertas 1 - Respon terhad yang dibagi gambar then huraikan berdasarkan gambar... ada 5 perenggan - 1 opening, 3 content , 1 closing .... dan respon terbuka... diberi 5 situasi/bentuk penulisan mengikut format. biasanya untuk bahagian B ni... soalan2 dia ialah karangan berformat... biasanya laa.... bahagian ni kena baca banyak bahan bacaan... supaya dapat huraikan poin dengan fakta yang berasas.... markah pun akan tiptop insyaAllah

Kertas Bahasa Melayu kertas 2 pula terbahagi kepada 4 bahagian utama... rumusan, komsas, kemahiran bahasa dan novel.... part ni la yang paling best... sebab segala kemahiran bahasa melayu amat dituntut dalam bahagian ni.... untuk dapatkan A+ bahagian ni kena tiptop...

baiklah... so sekarang ni nak tengok satu persatu.... untuk bahagian A - paper 1 respon terhad....
biasanya untuk part ni... agak mengkonfiuskan jugaklah kalau xfaham soalan... untuk calon cemerlang... dia akan jawab berdasarkan soalan... kalau calon yang agak2 tu... dia akan hurai gambar... sebenarnya gambar tu sangat membantu dalam penghuraian... misalannya la kalau xtau sangat nak bubuh huraian apa... cuba interpret gambar tu dan masukkan idea... contoh:

ini soalan SPM 2011 (soalan aku jawab dulu la waktu SPM)

dia nak tentang faedah belajar secara berkumpulan... baik... secara kasarnya... memang agak kabur laa... sama ada nak letak pendapat sendiri atau pun perlu ikut gambar.. tapi nampak x poinnya kat bawah tu ....

untuk opening, biasanya untuk karangan ni, sememangnyalah susah nak start.. bagaimana kalau kita start dengan persoalan? pernyataan dan sebagainya....

contoh:
Menurut Nik Nur Madihah, murid cemerlang SPM 2008, rahsia kepada kejayaannya memperolehi 21 A dalam peperiksaan tersebut ialah melalui perbincangan belajar dalam kumpulan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, belajar berkumpulan sememangnya banyak faedahnya.

untuk isi pula, boleh nampakkan dia tulis pada soalan tu....

1. Suasana Belajar yang menyeronokkan
2. berkongsi ilmu
3. memupuk semangat kerjasama

hurai... dan bagi cantik isi2 yang telah diberikan ni... contoh.

" Antara faedah belajar secara berkumpulan ialah untuk memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Kajian mendapati bahawa, belajar secara berkumpulan merupakan suatu aktiviti yang dapat membantu dalam pemahaman dan kemampuan untuk mengingat sesuatu perkara melalui kaedah soal jawab dan perbincangan. Sehubungan dengan itu, kaedah belajar secara berkumpulan amat penting dan wajar untuk diaplikasikan bagi membantu meningkatkan pemahaman dan kemampuang mengingat seterusnya mampu meningkatkan prestasi dalam akademik.

 Selain itu, belajar berkumpulan juga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk perkongsian ilmu. Perbezaan kemampuan setiap murid dalam menguasai satu - satu bidang akademik telah dibuktikan melalui kajian sains yang menunjukkan bahawa manusia menggunakan otak kiri dan otak kanan. Kedua - dua bahagian otak ini diselaraskan untuk menguasai 2 bidang utama yang berbeza iaitu bidang seni dan bidang sains. Maka, dengan belajar berkumpulan, kemampuan individu yang berbeza ini dapat diseimbangkan sekaligus dapat meningkatkan kemampuan seseorang menceburi bidang yang berbeza dari kebiasaan.

 Sikap bekerjasama dan kemampuan untuk bekerja dalam kumpulan juga dapat dipupuk menerusi belajar berkumpulan. Sifat - sifat positif ini dipupuk melalui peraturan - peraturan yang telah ditetapkan dalam sebuah kumpulan belajar. Contohnya, setiap ahli perlu menepati masa pertemuan kumpulan belajar dan menyediakan bahan - bahan yang tertentu untuk ulang kaji. Hal ini sekaligus membimbing murid untuk bersedia memenuhi tuntutan kehidupan yang tidak dipelajari di sekolah iaitu menyemai nilai - nilai murni.

untuk penutup pula... well... cikgu aku selalu katakan nak tulis penutup ni kena ada disertakan dengan harapan pada masa akan datang atau saranan... jadi sebagai contoh...

 Belajar secara berkumpulan sememangnya diakui banyak faedahnya kepada murid itu sendiri untuk menguasai satu - satu subjek. Sebagai murid yang ingin berjaya, saranan dan galakkan untuk membudayakan belajar secara berkumpulan amatlah diharapkan agar para murid dapat menyeimbangkan kemampuan serta pemahaman dan bukan bergantung kepada hafalan semata - mata untuk peperiksaan.

contoh sahaja ni.... kalau nak ikut - xda masalah... tapi untuk karangan... kita perlu ada

ISI

HURAIAN

CONTOH

dan paling penting... jangan kurang dari 200PP dan jangan lebih dari 250PP sebab.... pemeriksa akan memeriksaa banyaaaakkkkkk paper dari sekolah2 berdekatan dan kelas2 berdekatan anda... so... bayangkan kalau 1 pemeriksa kena periksa 500 paper? agak2 dia kira ka yang lebih2 tu? just play safe

allahualam


Thursday 3 October 2013

kini ku rasa kehilangan .... :(


assalamualaikum dan salam sejahtera ...

minggu ni sememangnya minggu yang amat menyedihkan bagi aku... dan keluarga aku... malam ni... mak aku call aku... I ask her... ok ke tak... dan dia letakkan telefon... ya aku tau... ni amat berat bagi dia... well... kehilangan seorang kakak yang dia rapat dan makcik kami yang amat kami senangi.

MAKNGAH pergi buat selama2nya semalam... jam 4 pagi bak kata bapa la... kenangan usah la diduga ... aku dengan makngah sememangnya rapat sejak kecil... agak ralat juga la bila saat2 dia tenat aku tiada di samping diaa... sedangkan dia pernah menjaga aku duluuuu... meskipun hanya sekejap...

Mak Ngah ni kakak kepada mum aku... kira ramai2 auntie belah mum (2 orang je pon) dia laa yang paling paling paling aku rapat... masa kecil2 dulu aku selalu pergi rumah dorang ni... dengan harapan bermain2 ja pun... tapi apa boleh buat... masa tu cepattt sangat berlalu... sekarang aku dah terlalu jauh... jauh dari kampung dan keluarga....

seriusly aku memang rindu mak ngah... aku xdapat nak gambarkan mcmana rupa dia waktu last aku jumpa waktu raya dulu... apa lagi bila dia dah masuk wad.... abang aku cakap dia pakai TRAKEOSTOMI... cancer stage 4 kut...sebab sel kanser tu dah metatarsis (bergerak).... subahanAllah...

dah,... aku dah tak sanggup nak tulis lagi... aku memang sedih .... bayangkanlah awal2 pagi bukak phone then tulis yang mak ngah dah xdaa... sedih gla kot... menangis mcm pontianak ilang anak... mana pulak rasa ralat yang xdapat iring arwah yang banyak berjasa tu ke liang lahad... astaghfirullah al azim... kalaulah ada peluang itu :(

maka dengan itu... aku mahu sangat berjaya dalam bidang ni... bukan untuk sendiri saja... tapi nak pastikan semuaa orang bergembira dalam sihat walaupun sakit itu sebahagian daripada 5 perkara sebelum 5 perkara dan mati juga antara prinsip itu...

#AL FATIHAH

Saturday 28 September 2013

Booster PMR'13 SPM'13

hehehe... assALAMUALAIkum.... salam sejahteraa

kepada adik adik yang akan menduduki PMR... selamat menjawab abang ucapkan.... hahaha....

btw... entri kali ni nak cerita tentang pengalaman exam... hummmm sangatlah best bila exam ni... mcm2 boleh dapat...

perkara yang best masa sekolah + exam PMR dan SPM juga STPM ialah dapat pensil dan pen juga pemadam free (itu ponnn nak kecoh mcm la gempak)

apa2 pun... meniru dalam, exam ... itu sebenarnya mau di highlite di sini... hehehe

bukan mau mengajar... aku ni pon jahat dulu waktu PMR... SPM

meniru trik 1:

kenal tak dengan benda di atas? well... benda di atas ni sangaaaattttt banyak membantu aku dalam exam hahaha... begini ceritanya... well... tengok tu belah belakang natang kat atas ni... ade kan bende putih tu... tulih la jawapan kat sane/./... hahaha bagi kat owg sebelah... ala2 nak bg bantuan la refill bende kat pencil mechanical... padahal... belakang ade soalan dan jawapan... memandai laa padam lepas tu...

trik 2: eherm ehermm

kuase ehermmman ni sangat hebat dan awesome... hahahaha... pandai2 la bagi signal... mintak jawapan... jangan sampai kantoi sudaa laa....

trik 3: gunekan seluruh badan

begini... leher tu,... pandai2 la panjangkan kepala anda... hahaha.... jangan sampai kantoi.. kantoi pun janganlaa nampak sangat... katakan saja sakit leher o watever... kikikiki...


dah dah dah... tapi sebenarnya meniru dalam peperiksaan ni memanglah satu usahaa... tapi nampak sangat la kebebalannya di sana... ingat2 jugak laa keberkatan... cari kerja dengan keputusan peperiksaan... agak2 berkat tak kalau cari kerja hasil penipuan? faham2 la yee...

good luck kepada calon PMR dan SPM 2013... jugak kawan2 aku yang amik STPM SEM 3 ... dan STPM SEM 1 .... berdoalah kerana usaha telah dilakukan.... bbersyukur dengan apa juga keputusan kerana itulah yang terbaik dari ALLAH untuk kita supaya kita muhasabah sebentar siapa diri kita dan di mana kita berpijak :) stay KOOL!

Thursday 26 September 2013

pos masa bosan

thanks to Kevin Zahri atas perkara di atas... yess.... nasi xbersalah

btw... exam MIDSEM yang astaghfirullah al azim dah berakhir tadi jam 11.30 pagi...

so... exam aku kali ni agak2 laaa... memang ohsem wiiinnn!!!!

heee :) ...


Tuesday 24 September 2013

Temuduga: Resume :)

musim2 nak p temuduga ni... pastinyalahh anda2 semua ni akan bertanya pasal apakah itu resume... resume tu... kalau ikut pemahaman aku yang tak berapa nak betol ni... resume tu satu dokumen yang menempatkan semuaaa maklumat tentang diri anda...

PAGE 1: (COVER)
muka depan mesti ada

GAMBAR ANDA
NAMA ANDA
ALAMAT ANDA
NO TELEFON ANDA
EMEL

tujuan dia untuk memudahkan rujukan dan pengenalan anda2 nilah... mana tau dapat kerja? hehehehe

PAGE 2:
di sinilah bermulanya sesi perkenalan diri anda...

BAHAGIAN 1: MAKLUMAT PERIBADI

NAMA
NO KAD PENGENALAN
NO SIJIL KELAHIRAN
BANGSA
AGAMA
ALAMAT
TINGGI
BERAT
KUMPULAN DARAH
NO TELEFON
EMEL

BAHAGIAN 2: MAKLUMAT IBU BAPA / PENJAGA

NAMA
BANGSA
AGAMA
PEKERJAAN
(dua laa... satu ibu satu bapa)

PAGE 3:
MAKLUMAT AKADEMIK

NAMA PEPERIKSAAN : UPSR / PMR / SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH
TAHUN :
KEPUTUSAN:

PAGE 4:
KOKURIKULUM DAN PERKHIDMATAN

PAGE 5:
KEMAHIRAN LAIN
- BAHASA
- APLIKASI KOMPUTER

PAGE 6
ORANG RUJUKAN


HOT TIPS:
- Emel tu... pastikan lah profesional sikit.... contoh emel xprofesional aqucutesangat90@gmail.com bla3... hahahaha... sangat childish

- cover resume tu janganlah cantik sangat. cukup sekadar plain colour paper... colour pun agak2 la jugak.. pilih la pastel colour bukan yang menyakitkan mata

- tulisan pula biarlah profesional jugak... Times Roman dan Arial laa bagus... jangan campur2 tulisan...

itu sahaje :) gudluck!

Monday 23 September 2013

Sains Pencegahan dan Perubatan Sosial

MASM 1212...

DEFINISINYA ....
Sistem Kardiovaskular (VectorBorneDz!)


  • Malaria - penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium dalam salur darah. dibawa oleh nyamuk anapheles betina.
  • Filariasis - penyakit yang disebabkan oleh parasit filariasis yang menyumbat salur limfatik. 
  • Denggi - terbahagi kepada dua,iaitu demam denggi dan demam denggi berdarah. disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes betina. 
  • HIV / AIDS - Human Immunodeficiency Virus penyebab penyakit AIDS (Sindrom Kurang daya tahan penyakit)
  • Hepatitis A, B, C, D, E - Inflamasi pada hepar yang disebabkan oleh bakteria atau virus pada salur darah ataupun pada sistem gastrousus.
Sistem Respiratori (AirBorneDz!)
  • Pulmonari Tuberkulosis - penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium Tuberculosis pada trak pulmonari.
  • Pertusis - batuk berjangkit yang disebabkan jangkitan bakteria Bordetella pertusis yang bermanifestasikan batuk yang berterusan dan memenatkan.
  • Difteria - jangkitan bakteria pada bahagian atas mukosa salur pernafasan atas atau luka oleh bakteria Corynebacterium difteria.
  • Influenza - penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang berlaku secara epidemik dan pandemik terutama pada musim sejuk.
  • CROUP - Laringotrakeobronchitis acute inflamasi pada larinks, trakea dan brokus
  • Chicken Pox - Penyakit yang disebabkan jangkitan akut bermula dengan lesi becirikan demam yang sederhana.
  • Campak - penyakit yang disebabkan paramiksovirus bermanifestasikan koplik spot.
  • Rubella - penyakit yang disebabkan togavirus bermanifestasikan bengkakan pada nodus limfa
  • Mumps - penyakit berjangkit akut disebabkan  jangkitan virus bercirikan bengkakan dan sakit di kelenjar air liur.
  • SARS - Sindrom Pernafasan Akut yang teruk 
  • Avian Flu - selsema burung . 
PENGURUSANNYA ....

pengurusan terbahagi kepada 4

1. pengurusan klinikal - penyiasatan yang boleh diambil... secara commonnya... untuk CVS - C-XR , CT - Scan , sampel darah dan lain2...

Untuk sistem Respiratori - CxR , Swab Lidah / Tekak dan lain2

2. pengurusan kejururawatan - posisi pesakit , vital sign, 

3. rawatan - ubat - ubatan 

4. Pendidikan kesihatan 

(ikut aku laa... hahaha... suke hati je)

Selamat mencubaaa!

Penolong Pegawai Perubatan Pelatih



Assalamualaikum dan salam sejahtera!

ha! amacam! tengok gambar2 di atas/./.. well... nilah yang akan saya dan rkan2 pelatih PPP lakukan bila qualified nanti.... best memang best... ramai yang katakan bahawa... takut darah... macam susah... mcm xbest... tapi sebenarnya... its a kepuasan bila kaw dapat buat sendiri...

kematian yes.... memang kadang2 tu kita kena hadapi saat - saat menghadapi kematian... kesian memang.... pernah kah anda bayangkan bila doktor, PPP, nurse berlari2 dalam ward just untuk selamatkan satu nyawa..? kadang - kadang tu... bukan setakat 1... satu ward ada mungkin 2 - 3 orang serentak menhadapi saat - saat ajal...(nazak)... its awesome feeling k!  cant deny!

belajar? yaa memang lah payah... sama jaaa mcm di skolah dulu...agak2 malas... down la result... once masuk medical line... jangan main2... we are dealing to person... not a thing... tambahan pula... dalam latihan kita dilatih untuk jadi profesional... bukannya kebudak2kan...

subjek2nya dari sekecil2 luka sehingga sebesar2 luka dipelajari.. sekecil2 kuman hingga sebesar2 organ manusia... semuanya berkaitan dengan manusia semata - mata... yang jelas... niat kita adalah untuk menyelamatkan orang dan membantu mereka yang sepatutnya...

jadi seorang anggota paramedik memberikan kita ruang dan peluang untuk berfikir secara cepat... mana tidaknya... jika di unit KECEMASAN DAN TRAUMA tu... berpuluh2 orang pesakit datang dan kita dikehendaki untuk memikirkan diagnosis terbaik untuk seseorang tu... hebat xhebat?

bak kata pensyarah aku... seorang PPP tu myb boleh sehebat doktor pakar... sebab... kehidupan menjadi PPP itu sememangnya menuntut seseorang tu belajar lebih kerana... pesakit akan bertemu dengan PPP dulu... baru dealing dengan Pegawai Perubatan... nama pun Penolong :)

BTW... selamat menempuhi sesi temuduga la ya :) sememangnya sesi temuduga ni lah penentu dan penghalang untuk kita capai niat suci masuk ke medical line ni yang penuh dengan cabaran... dan percayalah... jika niat itu betul... insyaALLAH dipermudahkan :)

Saturday 21 September 2013

Mak!!! Saya Mahu Kawin :)

assalamualaikum dan Salam sejahtera

hahahaha... apalah masalah aku ni... gatal betul nak kawin... kerja xda lagi... tapi xpa... perancangan tu harus ada... nak2 pulak sebagai lelaki ni... sebenarnya berdasarkan pemerhatian aku yang suka memerhati ni...

LELAKI... banyak tanggungjawabnyaa... well... 1 sediakan rumah untuk keluarganya... cari nafkah... apa lagi nafkah batin dan zahir... itu yang penting... xtertunai nafkah... jaga2... ada yang memerhati... hahahaha... nampak macam ringan jer... bagi yang muslim tu... isteri tu adalah tanggungjawab... when kahwin maka terlepaslah tanggungjawab bapanyaa.... hurmmm... macamana tu? kalaulah isteri dan anak2 xmenutup aurat...agak2 siapa yang kena? SUAMI... dan SUAMI = LELAKI... naaa... nampak tak

PEREMPUAN lagi susah... nak keluar rumah, nak buat itu dan ini mesti dapat keizinan suami... naaa... nampak x? kahwin bukan lah suatu perkara yang senang banyak bendaaaaaaaa nak ejas sebelum memiliki dan dimiliki...

teringat pesan kawan tu ...  ... hurmm ... perbaiki DIRI, IMAN dan KELAKUAN... maka dengan itu... segalanya akan beres... susah tak susah... ntah lahh... bergantung kepada diri... bak kata orang... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... hurmm... jodoh pertemuan, ajal maut ditangan TUHAN ... doakanlah yang terbaik untuk hubungan saya dan diaa... heee :) ALLAH :)

p/s: INDAH PERTEMUAN ITU DISULAMI KESETIAN DAN BERAKHIR DENGAN KEBAHAGIAAN... 

punya jiwang meremang bulu roma!

Friday 20 September 2013

MA Wannabe 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

well... dulu aku dah pernah cerita tentang macamana laaa nak dapat SPA ni... nak jadi MA katanya...

tengah aku menaip2 dan sambil belajar untuk midsem ni... junior2 aku tanya pengalaman temuduga SPA... hah! mari kita ceritakan

baik... tarikh temuduga aku ialah 9 Oktober 2012 bersamaan dengan hari Selasa... well... hari tu cerah seperti biasaa... seumpama mengerti bahawa aku naaaakkkk sangat keluar dari dunia belajar Sains2 ni... hurmmm btw sebelum ni aku student PraUniversiti...

nak dijadikan cerita aku datang awal... well.. aku tinggal hostel at that time... hostel aku dengan Bangunan Persekutuan tu xsampai pun 15 minit jalan kaki... naaa.... sesampai je... diberi taklimat sikit tentang ujian Khas... ujian khas ni... soalan2 berkaitan dengan minat!

baik, selepas ujian khas tu... kita akan ditemuduga... well... ujian khas tu aku jawab sekejap jak... aku lah yang first sekali keluar dari bilik peperiksaan.... so aku dapat giliran temuduga no 1!

dalam jam 8.45 pagi macam tu sesi temuduga pun bermulaaaa... Im Lucky No.1 ... maka msuk laaa dulu dalam bilik temuduga...

dalam tu ada lebih kurang 2 - 3 meter la dari penemuduga... dua orang. 1 MA u36 dan 1 lagi akak dari SPA...KL....

hmmm.... baiklah... aku ni seorang yang happy go lucky so... xda masalah laa nak cakap2 ni

soalan dari Puan SPA tu ... tanya tentang kampung, sekolah ke lagi, buat apa sekarang, dan macam2 lagi.. dan yang paling hebat dia suruh promo diri... kira macam kenapa KKM kena ambil kaw sebagai anggota / pelatih.... tu mcm tu lahh... pandai2 lah jawab

lepas tu Encik MAU36 pulak .... Encik MA ni tanya soalan2 fakta such as... Siapa nama Pengarah jabatan Kesihatan Negeri Sabah ... ohhhh seriusly aku xtaw nak jawab apa... hahahahaha... tapi ... kata kaunselor aku dulu ... just jujur ... "Maafkan saya.. saya ada baca... tapi saya lupa" dan 2nd Question diaa... tentang tempat belajar MA... ni aku tau laa... sebab aku  baca...

apa2 pun kemudian tu habis begitu sahaja... dan aku pulang... xde ape pown sebenarnya interview just nak tengok keyakinan... well... secara logicnya... kalau xyakin... mcmana nak jadi anggota kesihatan ataupun nak jadi anggota kerajaan kalau xyakin ... ye tak? btw... Good Luck kepada semua yang nak ke temuduga Zon Sabah khususnya pada bulan oktober ni ... :) do u'r best!

Thursday 19 September 2013

SENSE! PRAU SAINS! PRAUNIVERSITI SMK BEAUFORT


sport . endurance .  national .  sensitive . ethuatism 

haa... ada apa dengan SENSE... well... SENSE ini ialah 
kumpulan pelajar Sains Sukan Praunbiversiti SMK Beaufort Sesi Akademik 2012 / 2013

duluu... 
pengerusi SENSE ni... nama dia Mohd Khairul Nizam bin Hasbolah - KHAY KAZAMA... hahaha... sekarang dia amik Sport Recreation kat UiTM Sarawak tu ... hooo ...

Timbalan dia pulak... Awangku Ahmad... sekarang amek Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL kat IPG area2 batu Pahat Johor... xtau nama betol diaa....

Setiausaha plakk ... AMiruddin Junli... siapa tu? hahahaha... aku Laaaa

Timbalan aku dulu ... Nor Hafiza Jaffar... skrg amik kos Jururawat Pelatih kat KSKB Kota Kinabalu...

Bendahari kitorang .... Azhar dan Villarica Tisza... Azhar still lagi jadi member SENSE... manakala Villa skrg ni amik kos Penolong pegawai Farmasi di KSKB Ulu Kinta Perak....

mula2 member SENSE ni ada 40 orang... tapi... satu persatu pun pergi.... kenangan terindah kami ialah bila ke Perkhemahan SENSE... (INDAH KEE??? Kami saja yang tahu) .... 

tidaklah aku tahu bagaimana fun nya bersama Kumpulan SENSE ni... everything kami boleh manage dan kami boleh buat!
_________________________

Ini Kisah Prauniversiti SAINS... kami mulaaa mendaftar di SMK Beaufort sebagai Siswa dan Siswi Prauniversiti lebih kurang 11 Mei macam tu... well mcm biasa... memandangkan sekolah aku ni sekolah yang menjadi tumpuan... kami ni pusat lah kiranya untuk kelas Sains Tulen ... 

Welcome to kawan2 baru dari sekolah2 lain... mula2 ramai... xsempat nak kenal... dah hilang... apa yang tertinggal Michelle (SM ST Paul), Dodie (SM Sains Sabah), Sidah (SMKA Tun Mustapha), Rafaizi (SM Sains Labuan), Belinda Jey , Iqbal Fareez (SMK St Peter Bundu), Anul (SMK Menumbok), Izzat Momin, Amirul, Wanie (SMK Pekan Kuala Penyu), Awangku Ahmad (SMKA Limauan) 

and The Original SMKB's... hahaha Aku (Amiruddin) , Shafiq (The Class Monitor), Fattah, Arif Akmal, Hafiz (pindah ke Poli Kuching) ... the Girlz pulak... Brinna, Hazira, Syirah , CT , Anizah (Skrg kat KSKB KUChiNG) Rozana, AzecQ (skrg kat UiTM) Peynna (Skrg Kat Poli KK) 

begitulah ceritanyaa... oh ya... the Faculties... General paper kami di ajar oleh PN. HADIZAH BAHRIN... superb awesome! yeah! 

Meet our Guru KElas... hahaha ... ok ... untuk kelas Sains 1 yang amik pure Sains... guru kelas dorang ialah Encik Ag Sulaiman bin Agku Marali.... juga sebagai Fakulti Chemistry... 

Guru Kelas Sains 2 ... Aku punya kelas ... ialah Encik Mohd Hafize bin Abdul Latif.... Fakulti Physics...

Biology - Pn Hajah Hasnah .... 

Sport Science - Encik Linus Masingin 

dan Introduce our superb Mathematics Lecturer!!!!

YM RAJA SEMAN BIN RAJA HUSSIEN

dialah yang bertanggung jawab sebab dia ialah Penolong Kanan Prauniversiti sekolah kami... yeah!
_____________________________

PRAUNIVERSITI SMK BEAUFORT

Well... Prau SMK Beaufort ni dah lama... tapi start dari batch 12 intake... segalanya berubah... ohhh banyaksangat perubahan...

1. sistem semester
2.pakaian
3. struktur subjek..
4. experimen
5. kokurikulum
6. kurikulum

banyaakkkk lagi

sekolah aku ni ada 4 kelas Prauniversiti iaitu kelas (masa kitorang daftar laa) Prauniversiti Sains 1  amik subjek Biology dan Mathematics sebagai core subject manakala Physics dan Chemistry subject elective.... Prauniversiti Sains 2 pulak core subject Biology dan Sport Science manakala MathematicsPure dan Physics sebagai elective

Kelas Kemanusiaan pula ada 2 kelas.... well.. kelas ekonomi... subject2 dorang xtau lah macaman aturan sebab bukan kami punya stream so xamik tahu sangat... dorang ada... ekonomi, pengajian perniagaan, sejarah, bahasa melayu, georgrafi, dan sains sukan

kelas kemanusiaan 2 a.k.a sastera pulak amik Bahasa Melayu, Sejarah, geografi, Kesusasteraan Melayu Komunikasi, dan PSV...

lupa nak Mention ... Pengajian Am... subjhek utama!

haiiii... rindunya zaman2 ni.... kira2 kalau masa tu boleh diputar semulaaa... mcm nakk ulang balik... dengan syarat xpayah study laa... cuz STPM... oohhhhhh........ hahahahahaha :)

Perjalanan Ini: This Journey


Assalamualaikum... Salam sejahteraa...

Exam week minggu ni... hahaiiii... biasalah tu...tertekan seteres dan sebagainya merupakan feeling2 biasa pada minggu peperiksaan... bila bercakap tentang peperiksaan ni... kita pasti ingat... saat2 kita mula2 exam dulu... well UPSR...PMR kemudian SPM dan myb ada yang menduduki exam yang paling susaahhhh di Malaysia ni iaitu STPM... semua pun exam... so... what is exam actually? for me,... exam tu merupakan satu mekanisma untuk mengesan dan menilai pencapaian seseorang... tidak kira apa jua bidang sekalipun... exam merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusiaa... percayalah... aku akan ceritakan di bawah ni tips2 menghadapi peperiksaan :) enjoy!


  • Khas kepada adik2 sekolah ... PMR ka... SPM kaa.... apakah... adik angkat saya 2 orang akan duduki PMR taun ni... well Wish both of u luck laaa.... 3 lagi dah lepas tahun lalu... bila cerita tentang exam besar ni... kekangan yang ada ialah masa itu sendiri... masa tu bak katapepatah arab... jika kamu xmemancungnya... nescaya ia akan memancung kamu... maka.... pandai2lah cari ruang dan peluang
  • BUKU SOALAN TAHUN2 LEPAS banyak membantu aku masa aku PMR dan SPM... aku bukanlah nak berbangga dengan keputusan aku... tapi... aku sangat lemah dalam math... bole dikatakan bahalol laa... tapi... alhamdulilah... ikhtiar yang aku buat untuk jawab soalan - soalan PMR / SPM yang lepas2 aku skor A untuk math... 
  • JANGAN LOKEK ILMU DAN MALU BERTANYA... biasalah tu... bila seseorang tu ada di atas... kita akan lupa dengan yang dibawah. sebenarnya... dalam ilmu... kita tidak boleh kedekut... pantang larang,.. lagipun kita harus ingat bahawa ... ilmu itu milik ALLAH... yang kita ada hari ini hanya sekelumit daripada Ilmu ALLAH yang maha bijaksana... makaaa... jangan lokek... yang tak tahu pula jangan terus - terusan jahil... exam tu penentu... kita perlu betanya dan terus bertanya... insyaALLAH ilmu itu akan terus melekat dalam kepala kita.
  • TONTON JANGAN TAK TONTON ... aku teringat lagi waktu aku umur 8 tahun macam tu... aku tengok laporan cuaca di MHI (Tv3) ada ceritakan tentang kejadian apabila kita memandu di jalan tar... kekadang kita akan nampak seperti ada air kan? kejadian tu dinamakan FATAMORGANA ... kalau aku salah sila betulkan,.. hehehehe :) well... nampak x kat situ... sekrg usia aku 19 tahun... tapi rekod yang 10tahun lalu... atas menonton satu rancangan yang xberapa penting tapi masih terus segar dikepala... maksudnya... bila kita berminat untuk menonton sesuatu... tonton sampai habis... mungkin ada perkara yang boleh kita selit2 sebagai ilmu tambahan.. idea untuk menulis karangan mencurah2 tau..! ayat2 bombastik... tonton laa rancangan2 khas... seperti dokumentari dan macam2 lagi... Ilmu tu perlu dicari,... walaupun kadang2 bosan
  • USAHA JANGAN PUTUS ... minat kepada sesuatu subjek ataupun perkara tu memang lah susah... well... let me get u know that... aku sebenarnya xsuka aliran sains apa lagi subjek2nya... aku xsuka membaca... apa lagi menulis... tapi... semua itu aku anggap sebagai cabaran... hidup tanpa cabaran bukan hidup namanya... so... sebagai manusiaa... berfikir untuk mengalah adalah suatu yang sia2... wake up guys!!!!!! hidup ni tanpa cabaran bukan hidup namanya... once kita dapat tangani... insyaALLAH... kita akan rasa kepuasannya bergelar insan
well... exam yang paling besarr dalam hidup khalifah bumi ni ialah kehidupan ini sendiri... maka... bersabarlah menghadapinya kerana perjalanan hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan... chill dan sentiasa bermohon agar dipermudahkan tentang segala urusan

Wednesday 18 September 2013

RinduNYa!!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT! SALAM SEJAHTERA...

lupakan saja gambar anjing tu... sebenarnya aku nak bagitau yang aku sangat2 merindui kamuuuuu di kampung ... sahabat2 saya ... dan semuaaa laa!

kehidupan sebagai pelatih jauh dari keluarga ni bukanlah suatu benda yang seronok untuk pengetahuan kamu"! ianya mengajar kita erti pengorbanan dan kepayahan (ayat poyooo mcm dalam novel)... apa2 pun... tiada kata seindah aku rindu riuh kelas aku dulu... mum... dadd ... oh god... tears wanna out now! :'(

ya Tuhan... permudahkanlah perjalananku... aku mahu pulang dengan kejayaan... :'( ... for real..

Wasalam ...


Sunday 15 September 2013

Tips Study Abang DEEN (abangKAH? wakakaka)

sekali lagi Assalamualaikum wbt dan salam sejahteraaaaa .....

well... hari ni bersamaan dengan Hari Malaysiaa.... maka dengan itu selamatlah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu selama 50 tahun :) Syabas Malaysia! hari ni juga ialah hari kelahiran Sahabat Saya... Jajie! sudah2 aku dah wish diaa kat WC dan IG... hehehehe... :)

semalam kawan2 study aku tengok blog sorang senior ni tentang cara dia belajar... dan adik2 junior aku pun selalu tanya tentang hal ni... bagi aku... cara belajar ni masing2 laaa... asal kita selesa dan mampu melakukannya... hehehehe... bagi aku jugaaa.... rahsia belajar ni bukan hanya kepada teknik belajar... segala2nya mesti kena twist untuk berjaya.... :)


  • HABLU MINALLAH HABLU MINANNAS... - kata2 ni aku petik daripada murid terbaik SPM 2008... Nik Nur Madihah... jagalah hubungan kepada Allah dan sesama Insan... well... begini... setiap kejayaan tu dan kegagalan tu datangnya daripada Tuhan dan pencipta kita... sehubungan dengan itu... dari mana lagi kita nak mintak berjaya kalau bukan dari Nya kan? hubungan sesama insan pula boleh aku bahagikan kepada beberapa bahagian... 1. Parents... well... proses kelahiran pun bermula dengan dua orang ni... ucapan restu tu penting untuk kitaa.... 2. Guru - guru.... ilmu Allah itu diantarakan kepada kita melalui mereka inilah... jika kita ingkar arahan guru.... siap2lah... belajar mcmana pun... kita takkan tenang.... dua orang yang aku tulis diatas sangat makbul doanya... maka dengan itu... jangan sesekali sakitkan hati dorang2 ni... :) 3. pula kawan2... kawan2 memainkan peranan penting dalam belajar... tanpa dorang2 ni... haaaa... xtaulah...
  • TEKNIK YANG BETUL - Teknik belajar pula bergantung kepada subjek dan cara keselesaan individu... ada orang yang boleh belajar waktu pagi, petang, malam... ada orang yang belajar last minute dan ada orang yang belajar awal... tapi seeloknyaa... belajar lah pada awal pagi... kakak aku sendiri amalkan benda tu... dan dia berjaya... aku? pernah try... tapi katil tu lagi sedap untuk dijadikan tempat berkelubung (wakakakakakakaka :)) bagi aku... teknik yang terbaik bagi aku ialah dengan melukis... aku bukanlah pandai melukis sangat... tapi asalkan kita faham... bukan kita nak antar untuk paper PSV ponnn... maka dengan itu... pilihlah cara sesuai... mungkin anda yang lemah math... buatlah latihan banyak2.... mcm aku.... soalan2 lepas banyak membantu... dan sekiranya anda bukan seorang yang minat membacaaa... dengar lah baik2 apa yang cikgu cakap dihadapan waktu belajar dan mungkin buat perbincangan dengan kawan2 yang suka membacaa.... myb ini akan mengurangkan masa belajar dan membetulkan tanggapan yang salah :)
  • SUASANA - Mood belajar ni biasanya akan datang bila ramaiiiii orang belajar... maka dengan itu,... carilah 2...3 orang study sama2... mcm aku dulu payah berpaksa nak study ni... maka dengan itu... aku akan bergaul dengan budak2 junior (credit to themm ) untuk belajar.... sebab waktu aku di form 5... junior2 aku rajin belajar... aku ja yang malas... makaaa... aku pun terpaksa lah rajinkan diri... at the same time... dapatlah mempertajamlkan lagi kaedah menjawab soalan sebab pastinya junior2 ni akan tanya kita soalan2 .... kalau di rumah... pastikan kena marah parents dulu... hahahaha :)
tapi... kaedah belajar ni berbeza ikut umur dan bidang... contoh... kalau umur mcm aku ni (lepas sekolah) mungkin kaedah belajar terbaik ialah menulis kott.... buat jadual dan blaa3... tapi masih boleh amalkan teknik2 lamaa tu... kalau ikut bidang pulaa... kalau bidang sastera tu... xda cara lain selain membaca... yang berkaitan dengan logik tu... hurmmm.... latihanlah kuncinyaa

sebagai pelajar yang ambil BM dan BI expecially untuk part novel... waktu aku study dulu... soalan novel bukan masalah bagi aku.... sebab... aku baca dan menghayati... makaa... apa2 soalan berkaitan dengan novel pasti aku dapat jawab dengan perfectnya.... asalkan fahamlah apa dia nak... apa itu plot, pengajaran, nilai dan blaa3....

apa2 pun mcm aku cakap yang awal tadi... kenalah cari originaliti dalam study... xda orang yang boleh paksa kita study... apa yang penting tetapkan niat di setiap langkah... mohon agar apa kita nak buat tu xdilencongkan... ohhh yaa... sebelum melangkah keluar  / turun tangga dari tempat kita tinggal... pasang niat tu... insyaALLAH... akan ada kuasa yang bantu kita untuk fokus di dalam kelas... SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENCUBAA :)

Oh Exam!

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

well... ini merupakan post mungkin terakhir sebelum aku menduduki exam next week... OHHH NEVESNYERR>...<

ha ha ha ha... duk hingaq mcm xpenah duq exam bak kata orang utara (maafkan saya kalau bukan begitu) .... well... adik2 yang dah lepas UPSR tu... tahniah aku ucapkan... nex adik2 PMR, SPM, dan Adik STPM sem 1 dan member2 SEM3... agak2 boleh ke tak boleh? boleh aja dong...

hari ni nak cerita tentang aku dan exam... well mcm biasalah... aku ni bukan yang jenis suka belajar tetapi ada cita - cita tinggi... mulaa2 aku sekolah dulu myb telampaulah pandai... bila dah tua naik sekolah menengah belajar agak slow... myb juga disebabkan aku ni terLEBIH belajar dulu waktu kanak2 dan suka explore benda2 yang xspatutnya...

UPSR aku pada tahun 2006... masa tu xtau pun pentingnya exam... just attend dan jawab soalan... habis jawab ntah apa la aku buat... aku anti - math dari dulu sampai sekarang... hahaha... aku xsuka mengira... Im prefer lagi BM dan BI...tapi... ALHAMDULILAH... matematik aku... UPSR - B... PMR - A ... SPM - A- dan STPM - F (akhirnya gagal) hahaha... pure mathematics kot.... admath aku pun D saja waktu SPM....

agak menyesal jugaklah xamik B. Arab dulu... well... xblajar dari sekolah rendah kan... mana tidaknya... menyesallah aku.... tapi xpaaa... rezeki ALLAH itu xkemana jika kita berusaha....

#Oleh itu adik2 sekalian... jawab soalan itu dengan tenang dan bertawakkallah... jika ada rezeki... InsyaAllah berjaya... dan percaya pada usaha yang kita lakukan... :) see YA!

p/s: doakanlah aku berjaya dalam exam next week... Im not so confident la!

Wednesday 11 September 2013

this is AWESOME!

assalamualaikum... haaa... firstime aku membuatkan tulisan ni ade kaler... baru la ada warna sikit citer2 aku... hahahaha ... well ... mcm biasa... apa nak story2 malam yang hujan ni... 

___________________
berfikir . . . . 
_________________

baiklah... dah berfikir... xmai2 jugak apa nak dicerita kan... so,... aku petiklah satu kata - kata datuk Dr. Fadzilah Kamsah... minda yang hebat mampu untuk menjana jiwa yang tenang...

Hebat Jiwa? macamana tu? ok lah... lets say... sebenarnya kita ni merupakan anugerah tuhan yang terhebat... maha hebat.... apa tidaknya... kita memiliki segala2nya... cuma kadang2 bak kata lirik lagu tu... kita lupa watak dan peranan manusia.... 

apa2pun bersyukur itu ialah sifat yang mulia... bersyukur atas segala2 yang adaaa... baik tercipta dilangit... diantaranya dan bumi... semuanya nikmat tuhan yang tidak terhingga... dalam kehidupan ni kita perlu kenal siapa diri kita.... orang lain adalah tidak mungkin mampu describe diri kita sebenar ... cuma diri kita saja dapat cerminkan siapa kita... selain daripada itu... sahabat... sahabat ialah cerminan kita juga... maka memetik kata2 sahabat nabi... orang yang rugi di dunia ini ialah orang yang gagal mencari sahabat... apa yang lebih rugi daripada itu.... orang yang mempersia2kan sahabat yang dicari... 

sehubungan dengan itu (amboi poyoooo) kita perlu hargai nilai persahabatn dan mampu untuk memilih sahabat yang benaaarr2 sesuai dengan kita... sesungguhnya... sahabat itu umpama tangsi tasbih yang menyatukan biji2 tasbih itu... putus satu... menyebabkan payah mencari biji tasbih dan dikumpulkan... dan bila disatukan... ianya tidak sama dengan asal kejadian tasbih itu....

walaupun kesusahan dan kepayahan... dalam menguatkan tali persahabatan itu... pergaduhan antara benda yang biasaaaa.... kadang2 menyebabkan hubungan itu semakin renggang.... Allahurabbi... kukuhkanlah ukhwahku bersama sahabat2 ku

Wassalam! :)

Tuesday 10 September 2013

MA Wannabee!

 alhamdulilahh.... assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... well... sekali lagi aku menulis di ruangan curhat ni,... kenapa curhat? hahaha... good Q... suatu ketika dahulu... ada seorang junior aku katakan nak curhat,... curhat ni aku tengok a curahan hati... definisi curhat bagi aku laa... kalau ada definisi sebenar mungkin boleh tinggalkan komen... heee :)

back to main business.. hari ni aku nak cerita tentang siapa aku part two... aku sekarang ni seorang pelatih MA... apakah MA? MA ni atau nama penuh dia medical assistant... pembantu perubatan... selaras dengan perubahan tahun... jawatan ni di'upgrade' kepada nama Penolong Pegawai Perubatan... baru semester 2... masih mentah lagi... banyak benda lagi nak explore... kebetulan pulaa hari ni UPSR... maka adik2 yang baca (mcm hot sangat) pasanglah cita2 jadi MA... ala2 doktor juga... hahaha

aku dan MA sebenarnya sangat jauh... aku ni dah lah xsuka ubat... apa lagi hospital... begitu juga dengan jarum dan doktor... biasanya aku ni kalau sakit aku akan biarkan baik sendiri... well... bila cek balik dokumen kesihatan aku dulu2... last aku ke klinik kesihatan ialah pada tahun 2008... lihat betapa malasnya aku .... hahahaha ... realitinya sekarang nak kerja kat medical line... adehhhhh :(

sepanjang perjalanan nak jadi MA ... seseorang tu kene la apply kat SPA ...http://www.spa.gov.my/Portal/

lepas tu tunggu la beberapa bulan... untuk intake Januari... lingkungan September / Oktober temuduganya untuk intake Julai lebih kurang April / Mac macam tulaa.... bukan setakat MA saja... Nurse, Inspektor Kesihatan, Farmasi, and ETC... boleh baca sendiri.. pandai2 lah explore

bila dah dipanggil pergi laa temuduga tu... just nice to try... dapat xdapat belakang kesah... then... kalau dah dapat anda akan diletakkan di 6 kolej yang ada menawarkan Diploma Pembantu Perubatan


  1. KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR, KEDAH
  2. KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
  3. KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
  4. KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KUCHING,  SARAWAK
  5. KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTUKOTA KINABALU, SABAH
  6. KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU JOHOR BAHRU, JOHOR
bilaa dah belajar pulak... sem 1, 2, 3 jaa yang berat n parah.. kemungkinan untuk diberhentikan dan gagal itu sangat2 tinggi... dalam tempoh setahun setengah nilaa... kita akan belajar teori sebagai PPP... ohh... susah jangan dicakaplaah... kena tahan mental dan fizikal... just ingat... datang sini nak siapkan diri untuk bekerjaa... be serious... 

subjek2? nanti explore sendiri

sem 4, 5, 6 pulaa... kita akan keluar praktikal ikut disiplin2 yang sepatutnya dikuasai oleh seorang PPP... be prepare laa... once masuk sem 4, 5, 6 orang / staff hospital tempat kita praktikal akan assume kita mahir macam2 benda... hati2 laaa

itu je la kot... nak study ni... next week exam... heee :) doaakan kejayaan sayaa... Assalamualaikum :)

Sunday 8 September 2013

Dari Jauh Ku Pohonkan Ampun MAAF :)

kaki... why must kaki? let u know after read this post! :)

macam biasa... post aku akan dimulakan dengan WELL... well well well,... hehehehe... :) macam ni kesahnya... apakah yang dikaitkan dengan kaki... kaki yang melangkah jauhhhhhh dari bumi kelahiran aku ... ohh sooo saddd :( but what to do... kehidupan mesti diteruskan,... wakakakakakak :D

dalam kehidupan diperantauan ni... benda yang paling paling paling nyawa bak kata bapak aku suatu ketika dahulu ialah MONEY!

jangan kaw boros2... kat sana xde sape... duit je yang boleh bantu

kataa bapak aku laaa... well... now aku percaya itu semua... kehidupan diperantauan bukanlah suatu perkara yang best ... hahaha... hanya yang kuat dan mampu menempuhnya saja yang berjaya ... lain2 mungkin akan kecundang....

back to the main point... kedewasaan aku diperantauan banyak ajar aku lebih... well aku dak hostel dulu... a lot of thing aku belajar dan amat berguna bila keluar di tempat sebenar kehidupan bermulaa... just nak mention... sebelum nak keluar dari kehidupan.... relakanlah diri dari segala2nya.... insyaALLAH boleh :) bye!

Saturday 7 September 2013

Definisi Diriku

well well well... dari tajuk ponnn dah tau ape nak aku sampaikan... well.... (berape kali nak well daa) aku nak cerite sikit tentang aku... definisi aku berdasarkan pemahaman umum... aku nu seorang yang happy go lucky... but inside who knows?

beberapa kali jugaklaaa aku survey n tanya orang ape pendapat dowg tentang aku... tapi... everybody pun cakap elok... baik... blablablablaa... (bukan nak bangga diri....) orang dah cakap... well... terima dengan hati terbukaa...

untuk pengetahuan... duludulu... aku agak kurang suka kepada bapakkk aku.... aku pun tak tauuu kenapa... sebab bagi aku suatu ketika dahulu... bapak aku sangat ermmm... bapak aku jenis yang sangat tegas tentang akademik dan kehidupan.... nak belajar boleh... but make sure ada masa depan... kadang2 itu buat aku kecewa... tapi sekarang aku nak bagitau... IM PROUD TO BE YOUR SON DAD!!!!! ILOVE U SOOOOOOOOMUCH....

setiap yang diatur oleh keluarga aku setakat ni takde yang mengecewakan... walaupun xseimbang dengan cita - cita asal,... tapi anak2 En. Junli dan Pn. Jikra semuanyaaa jadi orang (InsyaAllah anak bongsu dia ni ponnn) ...

untuk aku... cita2 asal aku nak jadi seorang architect... buat bangunan,... nak buat parents proud... benda ni berlangsung secara xsengaja... bermula bila aku suka lukis petak - petak time kecik (architect kan lukis petak2) sooo...nak cakap aku bagus dalam benda tu... myb yes... sebab minatkan

masa aku ditingkatan empat... aku ada mohon PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM kat Sekolah Menengah Teknik Labuan aku dapat... nak dijadikan cerita at that time... aku ni ada seorang cikgu yang rapat laaa dengan aku... aku tanya diaa... what ifff aku pergi... he said that,, xperlu laaa... macamana kau nak balik kalau ada apa2 berlaku kat sini... for mee... labuan tak lah jauh sangat.... setakat tambang area rm30 tu... standard laa skolah jauh

a few days later.... kehidupan aku memang bengong laaa.... sejak2 parents pun menentang niat baik aku nak ke sekolah menengah teknik tu.... tiba2 aku dikejutkan dengan pemergian cikgu tu.... dia meninggal dunia akibat sesak nafas.... ALFATIHAH.... :(

aku down down down sampai nak study pun tak boleh....aku pun call kakak aku one day... aku nak pindah sekolah... dan bermula la journey aku di sekolah baru,,,,,,

di sekolah baru... i met a lot of new friends.... well... sekolah ni agak pekan... so... cara pun agak extreme laa... hahaha... ditakdirkan aku melukis lagi... aku amik subjek REKACIPTA... maka aku melukis lagi
... Reka Cipta SPM ---> A+ alhamdulilah...

lepas SPM... dapat tawaran PKA lagi... dari politeknik... nak sangat... mcmbiasa,... parents xbagi... dan akhirnyaa... aku ke kolej MA... welll MA pun MA laaaa...... nanti aku cerita lagi der... nanti aku bagi definisi aku lagi... mcmana aku dapat SPA n perjalanan MA aku... see ya!

Thursday 5 September 2013

1WeekIN SEM 2

assalamualaikum dan salam sejahtera...

well 2nd post since ada blog baru ni kan... heee :)

hari ni nak cerita sikit tentang my activity dalam seminggu bercuti midsem di kolej pembantu perubatan alor setar yang tercinta ini....

day 1 : Jumaat, 30 Ogos 2013
hari untuk mengemas kelas... hahaii... keringat dikerah untuk menyusun atur semula kelas untuk kumpulan 31 yang seramai 188 tu... penat memang laaa penat...

day 2: Sabtu, 31 Ogos 2013
MERdeKA day! heee :) well.... jumpa my exclasmet... area2 pekan rabu today!

day3 : AHad, 1 September
Perjuangan dditeruskan lagi mengemas kelas

Day4: Isnin, 2September
ke JKKN Kedah... malam puisi dan lagu... for the 1st time melihat persembahan puisi.. well not bad... ada kopratasa n ramli sarip...

Day 5 3 September
mengemas kelas lagi... about 70% done

day 6 4September
berdiam diri la aku di dalam bilik... nikmati tidur aku  yang beberapa hari ni xbrapa nak selesa sebab batuk..

well begitu laa jadual aku untuk minggu ni... lil bit of penat,.. but , what to do! huhaaai...













Tuesday 3 September 2013

For The Firstime

Well... entah berapa kali laaa nak buat blog... tapi i'll make sure this is the fix one... biasanya aku akan buat blogg baru sebab

1. LUPA PASSWORD

2. BOSAN

3. XTAW NAK TULEH APE...

makanya... biasanya begitu lah aku akan buat blog baru... well... sekali lagi well... apa2 pun kehidupan ni mestikena enjoy... aku bukan nak cakap apa la... this blog would be a curhat (curahan hati) hahaha...

aku sebenarnya xberminat laaa nak jadi seorang MA wanna be ni... tapi... i have too... apa boleh buat... i have no choice to choose...

insyaAllah... aku akan jadi seorang MA yang berwibawa... paksa diri ini untuk memindati benda ni...  harap2 boleh...